-MANA-MANA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN HARUS BERANI, ADIL &
“TIDAK MEMILIH BULU” DALAM PERLAKSANAAN TUGASAN MEREKA TERMASUK MENGAMBIL
TINDAKAN KE ATAS MANA-MANA INDIVIDU YANG DI DAPATI MELAKUKAN KESALAHAN TANPA
MENGIRA SAMADA MEREKA ORANG-ORANG KENAMAAN ATAU SEBALIKNYA-
Dalang di sebalik aktiviti-aktiviti “penggondolan” secara
haram di kawasan hutan dara yang seluas lebih kurang dua hectar berdekatan kaki
Gunung Santubong baru-baru ini seharusnya dikenalpasti untuk di bawa ke
muka pengadilan dan menerima hukuman
setimpal jika mereka didapati bersalah.
Menegaskan perkara ini, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr
Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata agensi atau jabatan kerajaan yang
bekaitan sepatutnya menpunyai inisiatif dan bersikap lebih pro-aktif dalam
menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang mereka yang
disyaki telah melakukan kesalahan.
“Saya merasa agak terkilan kerana tiada langsung tindakan
susulan dari pihak-pihak yang berwajib mengenai kejadian tersebut biarpun ianya
telah terjentang di muka semua suratkhabar malah saya sendiri telah memberi
kenyataan mengenainya di dalam salah satu suratkhabar tempatan beberapa hari
lepas.”
Junaidi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
telah meluahkan pandangannya mengenai perkara ini dalam satu temubual eksklusif bersama UnReportedNews™®
di pejabatnya di Pusat Khidmat Santubong yang terletak di Jalan Kulas di Bandaraya Kuching
semalam.
Beliau menjelaskan bahawa identiti individu yang dipercayai
berkaitan dengan aktiviti pemotongan pokok-pokok di kawasan hutan tersebut
memang di ketahui secara umum kerana ianya ada hubungkait dengan sebuah
syarikat individu berkenaan yang telah menunjukkan minat dengan cadangan sebuah projek pembangunan yang
di kawasan tersebut.
“Saya dipahamkan setakat ini, cadangan projek pembangunan
tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan tiada sebarang kelulusan atau
kebenaran dari kerajaan negeri untuk mana-mana syarikat atau individu untuk
menjalankan apa jua aktiviti berkaitan projek tersebut.”
Menegas tindakan individu tersebut yang begitu jelas telah
mengingkari atau melanggari undang-undang kerajaan negeri yang sudah termaktub,
Junaidi mengingatkan pihak-pihak berkuasa yang bekaitan seharusnya menjalankan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan Sarawak kepada mereka dengan menyiasat kejadian ini hingga ke akar umbi.
Salah satu dari punca utama tanah runtuh, lebih-lebih
lagi kawasan yang berdekatan dengan bukit atau gunung adalah pembalakan tanpa
kawalan, seliaan ataupun kajian menyeluruh mengenai struktur tanah dan walaupun
setakat ini belum ada kejadian tanah
runtuh pernah di laporkan kawasan tersebut, jangan bagaikan “Baru terantuk, baru
tergadah” .. jangan ambil sebarang resiko, nasihat beliau.
“Yang penting sekali, janganlah bersikap “double-standard” dan menutup mata hanya kerana individu yang disyaki dalam sesuatu kejadian yang menyalahi undang-undang adalah mereka yang dari golongan orang-orang kenamaan, ahli peniagaan mahupun ada kaitan dengan dengan mana-mana ahli politik.”
“Yang penting sekali, janganlah bersikap “double-standard” dan menutup mata hanya kerana individu yang disyaki dalam sesuatu kejadian yang menyalahi undang-undang adalah mereka yang dari golongan orang-orang kenamaan, ahli peniagaan mahupun ada kaitan dengan dengan mana-mana ahli politik.”
Sekiranya tiada sebarang tindakan di ambil, pandangan serta
kepercayaan masyarakat umum terhadap ketelusan dan keikhlsan agensi atau jabatan
berkaitan mahupun kepada kerajaan negeri secara umumnya juga akan terhakis,
jelasnya lagi.
Aktiviti-aktiviti “penbalakan secara haram” tersebut yang telah dipampangkan di muka sebuah suratkhabar nasional Bahasa Inggeris baru-baru ini berikutan dengan aduan dari seorang penduduk tempatan Santubong yang mengambil berat dengan aktiviti-aktiviti pembalakan yang dianggap dilakukan dengan secara terang-terang tanpa berselindung itu.
Kawasan hutan yang telah “dibersihkan” tersebut dikatakan
kawasan untuk sebuah projek “cable car” yang telah diusulkan kepada kerajaan
Negeri Sarawak namun ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan.
Sehari sebelum itu, penasihat kepada syarikat yang
bertanggunjawab ke atas kejadian tersebut, menerusi satu sidang media telah “mempertahankan”
tindakan syarikat mereka itu dengan satu alasan yang di anggap “tidak munasabah
sekali” oleh segelintir pemberita yang hadir pada hari itu.
Malah salah seorang pengamal media itu menganggap alasan penasihat
itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan tempatan yang ternama sebagai, “Underestimated
and looking down onto our knowledge and intelligent, the reason he’d given is obviously
a deliberate mockery to all media practitioners in Kuching. (Memandang rendah
terhadap tahap pengetahuan dan kepintaran mereka yang hadir , alasan tersebut bagaikan
satu penghinaan kepada kita (media) di Kuching.)
Alasan yang di beri adalah, “Saya ingin membetulkan apa
yang telah dilaporkan (dalam suratkahbar) yang syarikat saya tidak memotong
pokok-pokok di sana namun kami hanya “membersih kawasan tersebut dengan tujuan
untuk memperlihatkan kualiti tanah kawasan tersebut kepada beberapa
pelabur-pelabur asing yang berpotensi.”
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®