-JANJI TAHUN 2008 KEPADA RAKYAT SELANGOR, PULAU PINANG,
KELANTAN DAN KEDAH BELUM DI SELESAIKAN LAGI..ADA HATI NAK JAJA AIR LIUR
BASI KAT SARAWAK NI..BOLEH JALAN LAH! KEKEKE!!-
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sinonim dengan 16
September.
Pada tahun 2008, tarikh itu dinanti penuh debaran rakyat
negara ini kononnya pembangkang akan ambil alih Putrajaya kerana ada ura-ura 30
Ahli Parlimen BN akan ‘lompat’ sertai pembangkang.
Akhirnya,semua tahu bagaimana Anwar berputih mata.
Impian terus tinggal impian sebaliknya beberapa orang
Ahli Parlimen dan Adun PKR tinggalkan parti itu.
Sejak itu,16 September akan diingati sesetengah pihak
sebagai tarikh pembohongan Ketua Pembangkang itu yang belum hilang impian untuk
jadi Perdana Menteri.
Pada tahun ini,Anwar bikin gempak lagi apabila
mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi Kuching’ pada
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak, pada 16 September nanti.
Deklarasi itu bakal menyatakan komitmen Pakatan Rakyat
dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah.
Anwar berkata,sambutan Hari Malaysia pada tahun ini
diberi tumpuan pada negeri Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari
Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching
Sarawak pada 16 September.
Menurutnya lagi,segala persiapan sambutan tersebut
dilakukan oleh Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.
“Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut
tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di
negeri-negeri tersebut.
Dalam pada itu satu deklarasi yang dinamakan sebagai
‘Deklarasi Kuching’ akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus
kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan Sabah,” jelasnya.
Deklarasi Kuching merupakan satu rangka bersama antara
parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR dalam usaha memperkasakan
Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.
Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama
ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Seperti dilaporkan lidah rasmi PAS,ianya satu janji
Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam
memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan.
Nampaknya,Anwar tidak pernah serik-serik dengan pelbagai
janji yang gagal ditunaikan mereka.Kali ini,pembangkang sasarkan Sabah dan
Sarawak kerana percaya jika PKR, DAP dan PAS dapat menguasai sebahagian besar
kerusi parlimen di semenanjung itu yang jadi ‘peti deposit’ BN setiap kali pilihan
raya, bermakna harapan mereka berarak ke Putrajaya cerah.
Sebab itu,pembangkang berkampung di Sabah dan Sarawak
untuk janji macam-macam pada rakyat di negeri Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang
itu.
Terpulanglah Anwar apa beliau nak buat.Rakyat Sarawak
khususnya pasti masih ingat macam mana Anwar awal-awal lagi ‘ghaib’ sebelum
keputusan pilihanraya negeri itu diumumkan tahun lalu.
Sebelum itu,beliau pukul canang pembangkang sudah menang
tetapi jawapannya semua rakyat Sarawak dan negara ini tahu sandiwara dan skrip
pembangkang setiap kali pilihanraya kecil diadakan.
Mungkin Deklarasi Kuching pada 16 September ini peluang
terakhir dan gimik Anwar serta sekutunya DAP untuk menabur janji sebelum PRU 13.
-UnReportedNews™®
*THE DECLARATION MAYBE IT'S A BIT DIFFERENT BUT OVERALL THE SAME BULLSHIT BUT FROM THE SAME ASSHOLES!! KEKEKE!!
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®