Sunday 16 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA

-TEPAT PADA 49 TAHUN YANG LALU, TANAH MALAYA SETELAH MENCAPAI PERSETUJUAN DENGAN KERAJAAN BRITISH TELAH BERGABUNG DENGAN SABAH & SARAWAK UNTUK PEMBENTUKKAN MALAYSIA-

BENDERA SARAWAK LAMA
Sebenarnya ramai rakyat Malaysia terutamanya mereka yang dari semenanjung menyalah-anggap yang Sabah dan Sarawak menganggotai Malaya dalam 1963, lima tahun setelah Tanah Malaya merdeka.

Sabah dan Sarawak sebenarnya MELENGKAPKAN pembentukan Malaysia.

Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah Sabah dan Sarawak di iktiraf sebagai “negara-negara” (bukan negeri-negeri) serta ketua Negara: Yang DiPertua Negara (Borneo Utara), Gabenor (Sarawak).

BENDERA SABAH LAMA
Hasil-hasil (Resources) Sarawak and Sabah di kendalikan oleh Sarawak and Sabah (di bawah kementerian kewangan masing-masing).

Walauapapun, 49 tahun telah berlalu, kita sentiasa aman dan harmoni di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan konsep 1Malaysia, suatu amalan toleransi, permuafakatan serta persefahaman antara pelbagai kaum di Malaysia.

Pertahankan apa yang kita kecapi selama ini, jangan sama sekali cuba sesuatu yang kita tidak pasti.

Selamat Menyambut Hari Malaysia, Salam 1Malaysia dari Sarawak.


-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List