-INI BERIKUTAN DARI PENDEDAHAN RAKAMAN AUDIO YANG
DIKATAKAN DIRAKAM SEWAKTU MESYUARAT PKR PULAU PINANG YANG DISIARKAN DI TV3
SEBENTAR TADI..DAH KANTOI TU KANTOI LER BANG MAN OI..KEKEKE!-
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (PKR)
menafikan dia telah melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP)
sebagai “sombong & bongkak”.
Ini berikutan dengan pendedahan satu rakaman audio yang
dipercayai telah di rakam secara sulit sewaktu mesyuarat tertinggi PKR Pulau Pinang
baru-baru ini.
Antara kandungan di dalam rakaman audio tersebut yang
disiarkan pada berita tengahmalam TV3 sebentar tadi adalah keluhan (suara yang
dipercayai adalah Mansur) mengenai DAP and Lim Guan Eng yang semakin sombong
dan bongkak setelah memenangi banyak kerusi di negeri tersebut pada pilihanraya
umum 2008.
“Mansur” juga menggesa rakan-rakan PKRnya “agar bersabar”
sementara suara kedua dalam rakaman tersebut di dengari menasihati agar “ikut
saja telunjuk DAP dahulu sementara memperkuatkan barisan PKR Pulau Pinang”.
Perbincangan “Mansur” dan rakan-rakanya juga menyentuh
tentang ketidakpuasan hati mereka mengenai pembahagian kerusi-kerusi yang akan
di pertandingkan pada PRU ke 13 yang akan datang.
Apa-apa pun biarlah sebab itu hal ehwal “laki-bini” puak
pakatan haram Pulalu Pinang, sapa suruh berurusan dengan dier orang .. ambiklah kow akibatnya, kan dah terasa bagaikan “melukut di tepi gantang”.
Dunia teknologi sekarang yang serba canggih, memang
terdapat pelbagai peralatan yang boleh
menentukan suara siapa dalam rakaman tersebut, jadi Mansur Othman kena
hati-hati dalam hal ini.
Kalau dah kantoi tu kira kantoi lah, jangan nak berdalih
pula, takkan takut dengan Lim Guan Eng kot?
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®