Saturday 28 July 2012

DATUK BANDAR MIRI DI UGUT KERANA PEMBEKUAN LESEN REFLEKSOLOGI?

-SYABAS MCC & DATUK BANDAR LAWRENCE LAI .. UGUTAN BUNUH TERHADAPNYA DIPERCAYAI DIBUAT OLEH KONGSI-KONGSI GELAP YANG MENJALANKAN AKTIVITI PELACURAN DENGAN BERSELINDUNGKAN DI SEBALIK PERNIAGAAN REFLEKSOLOGI NAMUN TINDAKAN MCC TIDAK MEMBEKU PENGELUARAN ATAU PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN REFLEKSOLOGI MERENJATKAN PERNIAGAAN MEREKA .. AIYO APEK, LIAO LO, BO KANTOW LO .. KEKEKE!-


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MCC) Lawrence Lai yang menerima ugutan bunuh pada hari Selasa lepas, mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan berpihak kepada sesiapa dalam urusan rasminya sekadar hanya untuk kepentingan individu atau sekumpulan orang.

Beliau menegaskan bahawa semua keputusan yang dibuat olehnya bersama ahli-ahli majlis dan kakitangan daerah adalah semata-mata untuk kepentingan awam supaya wang pembayar cukai digunakan dengan sebaik-baiknya.

“Dalam melaksanakan tugas, kami mengambil kira semua aspek kepentingan awam dan walaupun keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk semua masyarakat namun ianya tidak mengembirakan kumpulan-kumpulan yang tertentu yang mungkin ada kepentingan sendiri bertentangan dengan keputusan yanf telah diambil.”

“Apabila kita melakukan penguatkuasaan di sepanjang tepi jalanraya, memang terdapat segelintir penjaja yang terjejas tetapi kita perlu mengambil tindakan demi  keselamatan orng awam yang menggunakan jalanraya berkenaan,” katanya lagi sambil menunjukkan laporan polis beliau mengenai ugutan bunuh yang di terimanya.

Beliau percaya ugutan bunuh yang telah disiarkan di muka depan sebuah suratkhabar tempatan pada hari Jumaat adalah satu percubaan untuk menghalang  beliau dari menjalankan tugasnya dengan berkesan da nada kaitan dengan tindakan MCC yang membatalkan tujuh lesen tahun ini dalam usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan.

“Semua ahli MCC pada Mesyuarat MCC semalam telah sebulat suara mengesyorkan agar saya membuat laporan kepada pihak polis kerana ianya bukan saja melibatkan keselamatan diri saya malah keseluruhan ahli anggota keluarga saya,” tambah  Lawrence dengan nada yang serius.

Lawrence juga mendedahkan selain dirinya sendiri, beberapa ahli MCC yang ada bersama  beliau membuat satu lawatan ke sebuah tapak tidak lama dulu juga menerima ugutan bunuh yang sama menerusi talipon yang di percayai dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.

“Jika ada sesiapa atau mana-mana pihak tidak gembira dengan keputusan yang telah dibuat, silalah datang ke pejabat MCC untuk berbincang mengenainya secara bertemadun bukannya dengan membuat ugutan bunuh agar permintaan mereka dituruti.”

“Pintu Pejabat kami sentiasa terbuka dan kami tidak pernah menghalang sesiapa atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan kami kerana ia sememangnya adalah tugas kami untuk berkhidmat kepada rakyat malah, pihak pembangkang pun boleh datang sekali dan masuk ke Pejabat MCC jika mereka mahui,” katanya dengan sinis.

“Apa yang dilakukan kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya untuk masyarakat sepertimana lafaz jnji kami sewakt menerima tugas di MCC ini,” jelas  Lawrence  lagi.

Lawrence nyata amat gembira kerana semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli MCC dan kakitangannya masih terus gigih meneruskan perlaksanaan tugas-tugas mereka walaupun setelah menerima ugutan bunuh.

Beliau memberi jaminan kepada rakyat Miri yang MCC tidak akan berkompromi  dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang dan MCC akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa tanpa rasa takut atau memihak kepada sesiapa.

"Ahli-ahli MCC melakukan khidmat negara hanya dibayar elaun mesyuarat sebanyak RM50 setiap mesyuarat dengan had RM350 sebulan dan majority mereka ini adalah dari golongan profesional dan ahli perniagaan yang berjaya namun mereka bekerja bukanlah untuk elaun itu tapi dengan niat hendak berkhidmat kepada masyarakat.”

Terdahulu, Timbalan Datuk Bandar Mohd Che Kadir, bagi pihak kakitangan dan ahli majlis mengesahkan sokongan penuh mereka kepada Datuk Bandar Miri Lawrence dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

"Ia adalah benar-benar sedih melihat berita muka depan pagi ini dan percaya Datuk Bandar, saya dan 26 ahli MCC akan memberi sokongan padu 100 peratus kepada anda,” beliau memberi jaminan kepada  Lawrence.

"Jika ia adalah bertentangan dengan dasar majlis, kita boleh gubal dan sahkan, dan dalam perkara ini, kita harus tegas dan tidak boleh ragu-ragu. Sekali kita membuat keputusan, kami harus berpegang kepada keputusan yang telah kami buat,” tegasnya lagi.

Mohd Che menerangkan dasar-dasar majlis itu adalah keputusan majlis penuh dan oleh itu mereka tidak akan berganjak dari, sambil menambah pembekuan pengeluaran lesen untuk refleksologi akan kekal.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List