Saturday 14 July 2012

AIR DI SELANGOR MEMANG MACAM TEH SUSU!

-INI KENYATAAN DARI MENTERI PERLANCONGAN SARAWAK .. MACAM MANA AGAKNYA KOMEN-KOMEN PELANCONG-PELANCONG ASING YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA YE .. JAWAB MB SELANGOR JAWAB .. KEKEKE!-


Macamana pembangkang nak jaga satu Negara? Pembangkang nak jaga negeri Selangor pun tak mampu nak bekalkan air kepada rakyat dia sendiri.

Ini kata-kata Menteri Perlancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg ketika memberitahu UnReportedNews™® tentang pengalamannya ketika melawat Negeri Selangor baru-baru ini.

“Saya bersama isteri saya (Datin Hajah Juama’ani Tuanku Haji Bujang) menginap di Hotel ….. iaitu salah sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur namun malangnya air di hotel lima bintang tersebut berwarna kuning macam air teh susu!”

“Sehingga isteri saya bertanya kepada saya macam mana nak mandi kerana kami di jadualkan menghadiri majlis yang melibatkan Permaisuri Agong,” tambah Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Satok.

“Hati saya tak tertahan sehinggakan saya turun ke bawah bertemu dengan kakitangan hotel tersebut untuk bertanya hal demikian namun mereka hanya mampu  memohon maaf atas perkara tersebut.”

“Malang sungguh hotel tersebut berada di dalam kawasan bekalan air Syabas yang kini menghadapi masalah air kerana dek kerajaan pembangkang negeri Selangor tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut.”

Johari di temui ketika merasmikan mesyuarat tahunan Persatuan Bekas Polis Sarawak yang turut di hadiri oleh yang Di Pertua persatuan tersebut iaitu Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Timbalan Speaker Parlimen Malaysia dan juga Ahli Parlimen Santubong.

“Ini pengalaman saya sendiri, bukan dari cerita orang atau cerita tipu dan ya, keadaan air di negeri Selangor memang teruk sehinggakan macam air teh susu jadi saya tak dapat membayangkan kredibiliti kerajaan pembangkang yang tak mampu menyelesaikan masaalah air di sebuah negeri itu hendak menjadi kerajaan Malaysia..lingkuplah Negara ini,” tambahnya lagi.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List