Saturday, 16 June 2012

SABAH & SARAWAK TETAP "DEPOSIT" BN


-ABANG JOHARI MENGINGATKAN ORANG RAMAI AGAR MENIMBANGTARA MANA YANG SALAH DAN BETUL, BENAR DAN SALAH SUPAYA TIDAK DIPERDAYA OLEH PIHAK PEMBANGKANG-




Sarawak dan Sabah tetap "deposit selamat" buat Barisan Nasional (BN) walaupun Pakatan Rakyat (PR) tanpa henti-henti menggunakan "taktik kotor" menjaja cerita mengatakan sebaliknya.


Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata "taktik kotor" PR ini bertujuan untuk "mematahkan" semangat  rakan-rakan BN di Semenanjung Malaysia yang sentiasa berharap dan bergantung atas sokongan dari kedua-dua negeri dari Pulau Borneo ini.


"Ianya jelas adalah "taktik kotor" bertujuan (sebagai perang saraf) untuk mematahkan semangat rakan-rakan BN kita di Semenanjung Malaysia serta untuk mengelirukan rakyat dengan membuat cerita-cerita karut."


Johari, yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan memberi contoh taktik kotor PR adalah menyebarkan cerita yang kononnya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Haji Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya perlu "digantikan" dan sebagainya. "


"Fadillah telah melakukan tugasnya dengan sempurna selama ini dan tidak ada sebab untuk dia untuk "digantikan "dan saya begitu pasti bahawa beliau akan meneruskan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Parlimen Petra Jaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13," tegasnya lagi.


Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Satok berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan UnReportedNews™® mengenai "kekerapan lawatan" yang dibuat oleh pemimpin PR ke Sarawak selepas merasmikan program Homestay Gawai Kampung Benuk 2012 program yang diadakan di kampung tersebut di sini.


Lawatan terbaru yang oleh pihak PR ke Sarawak dijadualkan pada Hari Isnin ini (17 Jun) oleh YB Azmin Ali-PKR di Satok. 


"Itu adalah hak (PR) mereka untuk berbuat demikian (berceramah di Sarawak) tetapi saya ingin mengingatkan kepada rakyat untuk menimbangtara mana yang salah atau betul, benar atau palsu dan tidak untuk diperbodohkan oleh mereka," tambah Johari lagi.

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List