Friday 27 April 2012

BN AKAN RENTAP BALIK SIBU DARI DAP DALAM PRU13?

-BN MEMENANGI KERUSI NEGERI BAWANG ASSAN DENGAN 1,808 UNDI DAN NANGKA DENGAN 5,302 UNDI TETAPI KALAH DI PELAWAN DENGAN 6,391 UNDI IAITU MEMPEROLEHI LEBIH 719 UNDI BERBANDING PEMBANGKANG-

Sikap tidak putus asa yang di tunjukkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat Sibu patut di puji kerana beliau terus meletakkan Sibu sebagai salah satu destinasi perhentiannya dalam lawatannya ke Sarawak walaupun Sibu adalah kubu kuat DAP.


Namun daripada sokongan yang di tunjukkan rakyat Sibu sebentar tadi ketika menyambut Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) adalah begitu mantap dan meyakinkan.

Menurut lapuran BERNAMA, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Sibu yang disandang oleh DAP dengan menampilkan calon yang sesuai dan strategi yang betul pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pemimpin akar umbi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Huong Haw Ching berkata berdasarkan undi yang diperoleh BN di tiga kerusi di Sibu pada Pilihan Raya Parlimen Sarawak tahun lepas, BN sebenarnya telah memenangi kerusi Sibu.
Beliau menbuat ulasan tersebut menjelang majlis makan makan 1Malaysia bersama rakyat Sibu yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Khamis.

BN kalah tipis kepada DAP dengan perbezaan 398 undi pada pilihan raya kecil itu yang digelar 'Pertarungan Rejang' dua tahun lepas berikutan kematian penyandang BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew daripada SUPP.

Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi kurang daripada 18,845 yang diperoleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil itu. Calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi.

BN memenangi kerusi negeri Bawang Assan dengan 1,808 undi dan Nangka dengan 5,302 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 6,391 undi, iaitu memperoleh lebih 719 undi berbanding pembangkang, katanya.

Dikatakan sokongan bagi Dewan Undangan Negeri Sibu, terutama di kalangan pengundi Bumiputera, untuk BN telah meningkat.

"Dengan sokongan daripada pengundi bumiputera di Nangka, saya fikir kita boleh memenangi kerusi BN, walaupun saya jangkakan peluang itu 50-50 memandangkan tiada yang boleh dikatakan sebagai kerusi selamat," kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Ra'paee kepada Bernama.

Pemerhati politik tempatan percaya Sibu adalah satu-satunya kerusi Parlimen di kalangan kerusi bandar yang majoriti pengundi adalah kaum Cina yang mana BN mempunyai peluang untuk merampas semula pada pilihan raya akan datang.

Halangan mungkin wujud kerana perpecahan di kalangan anggota SUPP, terutama di peringkat cawangan tempatan, antara pengerusi cawangan dan menteri kanan negeri Datuk Seri Wong Soon Koh yang memihak kepada satu pihak dan Presiden parti Datuk Seri Peter Chin memihak pihak yang lain.

"Cawangan Sibu berharap dapat meletakkan calon mereka sendiri dan menyerahkan terus kepada ketua menteri dan perdana menteri, bukan kepada parti CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) kerana ia tidak mengiktiraf Chin selaku presiden parti. Ada tiga calon parti berpotensi; Datuk Vincent Lau, Robert Lau Hui Yew dan Datuk Seri Benny Lee," kata bekas anggota majlis tempatan Dr Gregory Hii.

Beliau memberitahu Bernama Vincent Lau mempunyai kelebihan, tetapi perpecahan yang melanda SUPP mungkin membolehkan DAP mengekalkan kerusi itu.

Wong dan enam ADUN parti itu tidak mengiktiraf Chin sebagai presiden baharu selepas mereka memboikot Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP Disember lepas, mendakwa ia tidak sah kerana berlaku salah laku dan penyelewengan semasa pemilihan cawangan SUPP.

Tetapi Hii berkata BN harus memilih calon yang sesuai dan melaksanakan strategi yang betul, seperti memainkan isu Wong, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, yang memikul banyak tanggungjawab, ia mungkin berjaya menyebelahi BN.

Wong, selain merupakan anggota Parlimen, juga ADUN Bukit Assek dan ketua pembangkang negeri.
DAP berkata ia sukar untuk mengekalkan kerusi itu berikutan dakwaan peningkatan 900 pengundi pos di kawasan pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Dr Jeniri Amir, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata usaha oleh kedua-dua pihak yang bertentangan dalam politik akan menyebabkan jumlah pengundi berkurangan pada pilihan raya umum nanti.

Katanya pengundi mungkin kurang berminat kerana mereka berpendapat PRU adalah kurang menarik berbanding pilihan raya negeri, yang diadakan berasingan. Malah katanya jumlah mereka yang keluar mengundi pada pilihan raya negeri telah menurun.

Bagaimanapun, jika terdapat satu perkara yang pasti pada masa ini, adalah BN harus memuktamadkan calonnya bagi kerusi itu, walaupun ia telah mengenal pasti tiga calon berpotensi.

Sebaliknya DAP juga belum memutuskan sama ada penyandangnya Wong akan mempertahankan kerusi itu.

Wong berkata: "Kita akan mengumumkannya pada masa yang sesuai. Kita belum memutuskan lagi calon. Saya tidak tahu lagi. Terpulang kepada jawatankuasa pemilihan."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List