Friday 27 April 2012

MAT SABU JAJA ISU BASI DI SARAWAK, BOLEH BALIK LAH!

-RAKYAT SARAWAK DAH LAMA MENOLAK PAS & MUNGKIN MEREKA NAMPAK RAMAI TURUN KETIKA CERAMAH DI ADAKAN PEMBANGKANG NAMUN BUKAN UNTUK MENYOKONG TAPI HANYA "MENDENGAR PEMBOHONGAN" YANG INGIN PEMBANGKANG JAJAKAN-



PAS di ingatkan agar jangan mempergunakan "isu basi" kerana ianya hanya membuat orang Sarawak lebih "sakit hati" dan benci kepada mereka (PAS) sahaja.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dengan sinis menasihati PAS agar berhenti "mendendangkan lagu yang lama dengan irama yang serupa" dalam usaha mengumpan undi simpati dari rakyat Sarawak sebab ianya tidak akan menjadi.

"Semua isu-isu yang di bangkit oleh PAS adalah perkara yang sama yang mereka gunakan pada pilihanraya DUN yang lepas dimana mereka telahn dikalahkan serta dimalukan dengan teruk sekali dan kini mereka datang sekali lagi seolah ingin dimalukan semula."

Johari yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Satok merujuk kepada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS oleh Timbalan Presiden PAS oleh Mohamad Sabu atau nama glamornya "Mat Sabu" di Taman Matang Jaya di sini di hujung minggu yang lepas.

“Mereka menggunakan isu yang sama dan lama (orang Sarawak kata basik!) yang penuh dengan hasutan penipuan yang mereka telah gunakan pada kempen pilihanraya DUN yang nyata-nyata di tolak oleh rakyat Sarawak melalui keputusan pilihanraya itu sendiri," kata Johari.

Beliau di tanya secara esklusif oleh UnReportedNews™® samaada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS tersebut akan menberi sebarang impak kepada peratusan kemenagngan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang ketika melawat tapak dan persediaan program JANJI DITEPATI petang semalam.

“Saya percaya ianya tidak akan memberi sebarang impak kerana rakyat Sarawak bijak membuat penilaian dan pilihan dan mereka dah lama menolak PAS ni dan saya rasa mereka memang kelihatan turun beramai-ramai ketika ceramah di adakan oleh pembangkang namun bukan untuk menyokong tapi hanya "mendengar pembohongan" yang ingin mereka jaja," kata Johari dengan sinis sekali.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List