Monday 20 November 2017

Terdesak Cipta Huru Hara, Pembangkang Tular Berita Palsu


TERDESAK sangatkah pembangkang sehingga terpaksa mengfabrikasikan berita untuk membuat rakyat Malaysia supaya memberontak kepada kerajaan BN? 

Terkini, berita dan gambar yang telah tular, kononnya rakyat di Germany yang berang dengan kerajaan kerana menaikkan harga minyak menunjuk perasaan dengan meninggalkan kenderaan mereka di tengah lebuhraya beramai-ramai sebagai tanda protes. 

"Dalam beberapa jam sahaja, kerajaan Germany 'terpaksa' akur dengan kehendak rakyat dan menurunkan harga minyak," kata berita palsu itu lagi. 

Gambar berkenaan sebenarnya gambar pengguna jalanraya di China yang keluar dari kenderaan mereka apabila mengalami jem yang begitu teruk sekali (yang berlaku dua tahun lepas). 

Jelas pemainan pembangkang ingin menanam sikap memberontak agar mencetuskan chaotic dan panik pada rakyat Malaysia supaya keadaan di negara ini menjadi huru-hara. 

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dengan tidak menyebar berita palsu dan paling penting menilai dengan waras sama ada berita tersebut adalah palsu atau sebaliknya.. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List