Sunday 19 November 2017

"Gerard Hie", Pengancam Bunuh KM Diberkas Polis


Setakat semalam,  tujuh laporan polis telah diterima daripada individu-individu berlainan yang tidak berpuas hati terhadap satu komen oleh seorang pemilik akaun facebook yang berunsur ugutan ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak.

Menurut kenyataan media Ketua JSJ Sarawak Dato Dev Kumar, siasatan telah dijalankan oleh polis di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Usaha juga telah dijalankan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun fb tersebut.

Menurut Dev lagi, pada jam 2.30 petang tadi, satu pasukan JSJ Kuching berjaya menangkap seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan tersebut. 

Saspek telah dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching setelah mendapat tahu bahawa polis sedang mengesan anaknya. 

Satu telefon bimbit milik saspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu telah dirampas darinya. 


Saspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang yang sama setelah keterangan diambil darinya. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List