Wednesday 4 January 2017

Kontraktor Tidak Bertanggungjawab Sebabkan 30 Sekolah Luar Bandar Bergelap


KUCHING 4 Jan. - Tindakan segelintir kontraktor tidak bertanggungjawab menyebabkan kira-kira 30 sekolah luar bandar di negeri ini yang menggunakan set generator diesel bergelap pada hari pembukaan sekolah semalam.

Pengerusi Eksekutif Jepak Holdings Sendirian Berhad, Abang Nawawi Abang Drahman berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan mereka telah gagal mengikuti arahan Kementerian Pendidikan dengan surat bertarikh 16 Disember tahun lalu.

"Jika kontraktor yang dilantik sebelum ini mengikuti arahan diberikan, minyak berkenaan dapat bertahan bagi tempoh 10 ke 15 hari selepas tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

"Kegagalan memastikan bekalan minyak untuk menghidupkan elektrik di sekolah berkenaan bukan salah Putrajaya seperti yang dinyatakan seorang pemimpn politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mengenai isu kekurangan bekalan diesel kepada sekolah-sekolah luar bandar hari ini.

Jepak Holdings Sendirian Berhad yang merupakan syarikat Bumiputera telah dianugerahkan kontrak bagi membekal diesel, menyelenggara dan menaik taraf set generator kepad 369 sekolah luar bandar dari 1 Januari tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah membekalkan minyak diesel kepada sekolah-sekolah berkenaan dan semua masalah telah diatasi. -UM OnLine 


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List