Friday 19 August 2016

Seorang Suspek Bunuh Billy Kayong Serah Diri


Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki polis yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Setiausaha Cawangan PKR Miri, Bill Kayong pada Jun lalu menyerah diri Pejabat Polis Miri petang semalam.

Difahamkan, suspek, yang dikenal pasti identitinya sebagai Chin Wui Chung, 50, telah menyerah diri lebih kurang jam 4.50 petang ditemani seorang peguam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini dan telah direman lima hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Tambah beliau, pihak polis akan terus menggerakkan usaha bagi memburu dua lagi suspek yang masih lagi bebas.

Terdahulu, pihak polis sudah mengenal pasti dua suspek iaitu Chin Wui Chung, 50, dan Kong Sien Ming, 35.


Wui Chung merupakan pembantu peribadi kepada dalang utama kes itu iaitu, Datuk Lee Chee Kiang, 45, atau Stephen Lee, manakala Sien Ming merupakan pengusaha sebuah pusat karaoke di sini. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List