Saturday 20 February 2016

Aziz DAP Bantu PKR Berkempen?

Bagaikan menjilat kahak sendiri, Penyelaras Pusat Khidmat Tupong DAP Abdul Aziz Isa dikatakan sudah "berbaik-baik" dengan PKR Sarawak.
Dulu bukan main lagi Aziz, yang juga Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak dengan pelbagai hinaan dan cemuhan.
"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz yang dipetik sebagai berkata di Malaysiakini tidak berapa lama dulu sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.
"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.
"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.
"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.
"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong .. PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."
Terkini, Aziz dikatakan telah mula membantu bakal calon PKR Satok iaitu Salleh Shawkatali berkempen bagi menghadapi PRN11 Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada bulan April tahun ini.
Malahan, Aziz juga dikatakan telah hadir pada Majlis Penubuhan Ranting PKR Kampung Kudei Lama pada 16 Febuari yang lepas.
Tidak diketahui samada "kehadiran" Aziz ini atas dasar keikhlasan atau sebagai "satu muslihat" yang mungkin berniat untuk merosakkan rancangan sepanjang kempen Salleh, yang juga merupakan AMK Sarawak.
Apa yang nyata, boss Aziz sendiri iaitu Chong tidak "sebulu" dengan Presiden PKR Datin Wan Azizah Wan Ismail kerana perebutan kerusi pada PRN kelak.
Salleh sendiri seharusnya berhati-hati dengan Aziz kerana maklumlah, DAP ini banyak helah dan muslihatnya. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List