Sunday 31 January 2016

PM Cadang Bina Jambatan Batang Lupar - Jambatan Terpanjang Di Malaysia


Cadangan pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Sungai Batang Lupar di Sri Aman yang diilhamkan secara spontan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan hari ini, akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak nanti.
 
Menurut Najib, semasa meneliti peta Sarawak semasa meninjau projek pembinaan Jambatan Batang Sadong di Simunjan pagi tadi, beliau mendapati banyak kawasan pesisir pantai di negeri ini boleh dimajukan sekiranya dibina sebuah jambatan merentasi Sungai Rejang di Batang Lupar iaitu sungai terpanjang di negara ini.
 
Katanya, semasa berada dalam kereta bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, beliau telah menyuarakan hasrat untuk membina Jambatan Batang Lupar yang bakal menjadi jambatan terpanjang di  Malaysia.
 
"Saya minta kerajaan Sarawak membiayai 50 peratus kos pembinaan dan Pusat menanggung 50 peratus lagi.
 
"Idea saya ini terus dipersetujui oleh Ketua Menteri dan saya minta projek ini  dimasukkan sekali dalam manifesto BN," katanya berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Adenan dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfref Jabu Numpang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Afsia Awang Nassar.
 
Menurut Najib, beliau belum tahu kos sebenar projek pembinaan jambatan dicadangkan itu tetapi berjanji akan berusaha mencari sumber kewangan untuk melaksanakannya. -UnReportedNews™®
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List