Friday 23 October 2015

PBB Belaga Tuntut Kerusi DUN Murum

 

 
KUCHING : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Belaga hari ini menuntut parti itu yang merupakan tulang belakang kerajaan negeri bertanding di kerusi Murum pada pilihan raya negeri (PRN) akan dating.
 
Dalam kenyataan di sini pengerusinya Micheal Mujah Lihan berkata tuntutan itu dibuat berikutan majoriti pengundi Belaga merupakan anggota PBB.
 
Menurut beliau cawangan itu mempunyai kira-kira 47,000 anggota sedangkan terdapat 8,054 pengundi berdaftar di Murum.
 
Tambahnya terdapat 868 pengundi Murum, 2,327 di Tubau dan 4,859 di kawasan Sungai Asap/Koyan.
 
Jentera di peringkat akar-umbi sangat tersusun dan mempunyai rangkaian kerja yang sangat cekap untuk menggerakkan sumber dan tenaga kerja.
 
"Kami juga mendapat sokongan akar-umbi yang sangat baik seperti yang ditunjukkan dalam banyak aktiviti di rumah-rumah panjang terutamanya di kawasan Murum," jelas beliau.
 
Bagaimanapun kata beliau terpulang kepada kepimpinan parti yang menentukan calon boleh menang bertanding di kawasan itu.
 
Murum merupakan satu daripada 11 kawasan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sempena persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Ia menjadikan DUN Sarawak bertambah dari 71 kepada 81 kerusi.
 
DUN Murum merupakan sebahagian daripada N.57 Belaga yang terletak dalam kawasan parlimen Hulu Rejang.
 
Kerusi Belaga diwakili Liwan Ligang yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, sementara Parlimen Hulu Rejang diwakili Datuk Wilson Ugak Kumbong, kedua-dua dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga komponen Barisan Nasional (BN) negeri.
 
Presiden PRS Tan Sri Dr. James Jemut Masing baru-baru ini berkata parti itu mahukan kedua-dua kerusi pada pilihan raya akan datang, dan akan mengemukan calon keturunan minoriti Kenyah bagi memberi peluang mereka menyertai kerajaan. - Bernama
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List