Friday 2 January 2015

Lu Curi Balak, Wa Tembak!!!


Jabatan Hutan Sarawak (JHS) hari ini telah dibekalkan dibekalkan senjata api dan diberikan kemudahan kenderaan pacuan 4-roda bagi meningkatkan lagi kecekapan anggota JHS membasmi kecurian balak.

Majlis Penyerahan kenderaan pacuan 4-Roda dan senjata api kepada JHS disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak TAn Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi tadi.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan kesungguhan Sarawak dibawah pimpinan Adenan membasmi kegiatan kecurian balak di negeri ini yang telah dikatakan mencapai "tahap yang membimbangkan".

Komitmen Adenan juga menyerlahkan kerajaan negeri Sarawak bersikap serius dalam menangani kegiatan curi balak yang sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan merugikan ekonomi Sarawak.

Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan sebahagian daripada ahli-ahli kongsi gelap yang dikatakan terlibat dalam aktiviti pembalakan haram ini membawa senjata api ke dalam hutan.

Jadi, sekarang mereka bolehlah berfikir dua kali sebelum nak mencuri balak lagikerana anggota-anggota JHS kini telah diperlengkapkan dengan senjata api untuk mempertahankan diri. Kalo tak percaya, try ler..test ler..kekeke!!! -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List