Thursday 16 October 2014

"Serang-Hendap" Terhadap Nancy Ada Motif Tersendiri


Isu jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri mengenai kenyataan Dato' Ibrahim Ali di Parlimen minggu lalu nampaknya telah menjadi "bahan" kecaman beberapa pihak tertentu khususnya beberapa individu dari golongan pembangkang di Sarawak di media sosial.

Maka muncullah beberapa "pakar-pakar perundangan", tidak kurang juga mereka-mereka yang bagaikan mengetahui segala-galanya mengenai prosedur yang ada dalam Parlimen terus galak menghentam Nancy malah melabel beliau dengan bermacam-macam nama.

Tapi tahukah "pakar-pakar perundangan a.k.a keyboard warriors" itu Nancy hanya melaksanakan tanggungjawabnya menjawab soalan berkaitan sebagai menteri bertanggungjawab kerana Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tiada kapasiti untuk menjawab soalan tersebut di Parlimen.

Keputusan untuk tidak mengambil tindakan keatas kenyataan Ibrahim Ali adalah keputusan Jabatan Peguam Negara dan Nancy hanya menjawab bagi pihak kerajaan. Nancy bahkan dengan jelas telah menegaskan beliau hanya menjalankan tugas mengikut prosedur namun walaupun begitu, ianya bukan bermakna beliau menyokong Ibrahim Ali atau pandangan agamanya.

Hakikatnya, "pakar-pakar perundangan", khususnya segelintir bilangannya yang dari Sarawak sebenarnya mengetahui semua ini namun sengaja buat-buat tidak tahu dan terus memainkan isu ini agar mendapat perhatian.

Bagi individu-individu tersebut, inilah peluang mereka untuk "menonjolkan diri" menjadi hero (kononnya), manalah tahu kot-kot mereka pun boleh menjadi calon pada PRN Sarawak yang akan datang. Dan menghentam Nancy sedemikian rupa bagi mereka adalah peluang keemasan untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Bagi mereka, tindakan mengecam Nancy atas alasan tersebut (kenyataan berkaitan Ibrahim Ali) mungkin boleh meraih sokongan kepada mereka. 

Walhal, Sarawak selama ini tiada pernah dilanda permasalahan berkaitan dengan agama dan kaum pun so janganlah ada pihak di Sarawak yang mula hendak mempolitikkan agama hanya untuk menjadi popular sebaliknya nanti, implikasinya hanya akan memporak-perandakan negeri ini.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List