Sunday 20 July 2014

JANGAN GURIS PERASAAN KELUARGA MANGSA #MH17

SEMOGA TABAH: Fadillah (kanan) yang diiringi isterinya, Datin Ruziah Mohd Tahir memberi sokongan moral kepada ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Anuar, 71.
KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yu­sof mengingatkan orang ramai untuk menjaga sen­sitiviti dan perasaan kelu­arga atau waris serta rakan-rakan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Sambil perlu bersama-sama mendoakan mereka yang terjejas agar tabah dan ber­sabar menghadapi dugaan, katanya, orang ramai perlu menjaga paparan yang dimuat naik seperti berita-berita atau gambar-gambar berhubung tragedi 17 Julai itu.

“Saya menyeru rakyat Malaysia khususnya, jan­ganlah mempamerkan apa yang terlibat dengan MH17 sehingga boleh menjejas­kan sentimen atau perasaan keluarga-keluarga, sahabat dan rakan kerja penumpang-penumpang MH17.

“Seperti mana yang kita ketahui, keluarga-keluarga penumpang kini masih dalam keadaan amat tertekan, berse­dih masih terkejut. Jadi kalau kita memaparkan gambar-gambar atau berita tidak be­rasas sudah tentu menyebab perasaan mereka terguris, sebab itu jagalah sensitiviti dalam perkara-perkara sebe­gini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berkunjung ke rumah Irwan Zulkarnain Hasbie yang merupakan abang ipar Ariza Ghazalee di Jalan Sultan Ten­gah di sini, semalam.

Ariza, 46, dan empat anak-anak Murhammad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13 menaiki pesawat itu untuk pulang di negara ini selepas mengikut suaminya, Tambi Jiee, 49, bertugas di Shell Kazakhstan selama tiga tahun.

Mereka dijadual tiba di Lapangan Terbang Antara­bangsa Kuching (LTAK) pada kira-kira jam 4 petang kelmarin selepas penerban­gan dari Amsterdam yang sepatutnya tiba di Lapan­gan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 6.10 pagi Ju­maat.

Fadillah turut berharap rakyat Malaysia tidak menye­barkan berita-berita atau pandangan yang boleh men­jejaskan imej keseluruhan ne­gara, apatah lagi di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutuk kejadian itu jika berpunca daripada tembakan mana-mana pihak kerana meny­erang orang tidak bersalah yang menaiki penerbangan awam.

“Untuk itu, kita mahu siasatan bebas dijalankan dan dianggotai semua badan berkepentingan termasuk dari Malaysia,” katanya sambil mendesak Pertubu­han Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas dan membawa keadilan kepada pihak yang didapati bersalah.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, beliau bersedia membantu waris atau keluarga Ariza yang merupakan penumpang pesawat MH17 yang ter­hempas di Ukraine.

“Saya sebagai wakil rakyat sentiasa bersedia jika diper­lukan dan sentiasa bersedia untuk memberi apa sahaja sokongan kepada mereka.

“Sebab itulah saya datang ke sini untuk mendengar apa-apa keperluan yang mereka mahu saya sampaikan di peringkat persekutuan, sama ada dari segi sokongan atau apa sahaja maklumat diper­lukan bukan sahaja daripada MAS (Penerbangan Malay­sia), malah daripada Ke­menterian Pengangkutan,” katanya.

Bagaimanapun yang pasti, katanya, kerajaan mer­ancang untuk membawa waris-waris ke Ukraine untuk membuat pengesahan melalui Asid Deoksiribo­nukliek (DNA).

Sementara itu, Irwan yang merupakan suami Madza­lina Ghazalee (kakak Ar­iza) berkata, keluarganya masih menunggu perkem­bangan terkini daripada MAS berhubung urusan ke Ukraine bagi mengenal pasti jenazah.

“Kita berharap jenazah dapat dikembalikan kepada keluarga untuk pengurusan pengebumian dapat dis­empurnakan. Setakat ini, kita belum dimaklumkan,” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List