Tuesday 17 June 2014

TERBAIK: PICIT "TELUR" PEROGOL

CUBA ROGOL: Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri petang semalam.
MIRI: Seorang wanita pekerja ladang bertindak memicit buah zakar dan menggigit anggota badan seorang lelaki untuk mengelak dirinya dirogol dan dicederakan dalam kejadian di estet kelapa sawit di Suai Niah, di sini petang kelmarin.

Mangsa, wanita tempatan berusia 29 tahun berjaya melarikan diri sebelum diselamatkan seorang pekerja lelaki lain yang melalui tempat kejadian.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa sedang berjalan kaki untuk balik ke kuarters pekerja yang terletak setengah jam dari tempat kerja.

Ketika menghampiri sebuah simpang di estet berkenaan, mangsa secara tiba-tiba ditangkap oleh seorang lelaki.

Mangsa dibawa menemui pengurus dan kemudian membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpanya.

Bertindak daripada laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia pada jam 10 malam kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun dibawa ke Balai Polis Pusat Miri petang semalam untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee yang dihubungi mengesahkan kes itu dan memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

Suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List