Tuesday 24 June 2014

BIR SELUDUP BERNILAI HAMPIR RM30,000 DIRAMPAS DI KUCHING!

DIRAMPAS ... Kotak yang mengandungi minuman keras berlainan jenis yang dirampas dalam operasi di Kuching semalam.
KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membawa minuman keras tidak bercukai di Jalan Arang dekat sini, pagi semalam.

Saspek yang berbangsa Cina warga tempatan itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 dalam operasi sekitar jam 10.20 pagi.

Berikutan penahanan itu, pihak PGA merampas sebanyak 237 kotak bir yang disyaki tidak bercukai.

Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM29,680 dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Superintenden Soh Hock Seng mengesahkan tangkapan yang diketuai oleh ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama enpat anggota lain.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List