Friday 13 June 2014

AMAH DIROTAN & DIPAKSA TIDUR DENGAN ANJING!


KUCHING: Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap pembantu rumahnya (wanita) dengan dikatakan merotan badan sebelum memaksanya tidur bersama anjing peliharaan mereka, kelmarin.

Wanita berusia 27 tahun dan berasal dari Muara Tabuan itu ditahan sekitar tengah malam kelmarin selepas menyerah diri di Balai Polis Simpang Tiga berikutan laporan polis yang dibuat oleh pegawai dari Konsulat Indonesia.

Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku pada malam Selasa lepas apabila wanita berkenaan dikatakan menyerang pembantu rumahnya atas sebab tidak diketahui menggunakan rotan dan kasut tumit tinggi.

“Selepas itu, pembantu rumah terbabit juga tidak diberi makan dan disimbah dengan air sejuk sebelum dipaksa tidur bersama anjing di luar rumah majikannya.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dari rumah berkenaan dan terus mendapatkan bantuan di Konsulat Indonesia,” kata sumber.

Setelah mendengar penjelasan daripada mangsa, beberapa pegawai dari konsulat tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

“Difahamkan, terdapat kesan lebam di badan mangsa dipercayai akibat dipukul dengan rotan,” kata sumber.

Bertindak kepada laporan tersebut, suspek kini ditahan di lokap polis dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List