Tuesday 1 April 2014

KEHANCURAN PKR SARAWAK BERMULA!

-PERKEMBANGAN TERBARU DI SARAWAK INI MUNGKIN BOLEH MENGKOMAKAN NUAR BRAHIM! KEKEKE!!!-


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac lepas merupakan permulaan kepada pengakhiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi BN Negeri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem pada sidang media di pejabatnya, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

“Saya mahu menunjukkan secara terperinci kepada anda bagaimana besarnya kemenangan BN di Balingian berdasarkan saluran ke saluran mengundi termasuk undi awal dan undi pos.

“PKR mendakwa jumlah undi yang diperolehi mereka meningkat sebanyak 412 undi kepada 1,283 berbanding 871 pada Pilihan Raya Negeri 2011.

“Tetapi jika jumlah undi BN dibandingkan dengan jumlah undi PKR dan calon bebas pada Pilihan Raya Negeri 2011, kali ini sebenarnya terdapat penurunan terhadap jumlah undi pembangkang.

“Jadi, bagi saya semua dakwaan PKR bahawa terdapat peningkatan pada jumlah undi mereka adalah kurang tepat sebenarnya,” katanya.

Tambah Adenan, PKR turut mendakwa bahawa mereka sebenarnya memenangi PRK Balingian disebabkan tidak hilang deposit.

Namun katanya, PKR sebenarnya hampir hilang deposit dan akan hilang deposit jika jumlah undi yang diperolehi kurang daripada 146 undi lagi.

“Bagaimana mereka boleh menganggap tidak hilang deposit adalah satu kemenangan kepada mereka. Saya harap mereka akan meneruskan polisi seperti ini.

“Bagi saya ini belum pengakhiran bagi PKR tetapi permulaan kepada pengakhiran PKR di Sarawak,” kata Adenan.

Ditanya mengenai penyumbang kepada kemenangan besar BN di Balingian, Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata kejayaan ini didorong oleh banyak faktor.

Faktor utama, BN mempunyai calon terbaik iaitu Yussibnosh Balo dibantu oleh penglibatan semua parti komponen yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh berkempen.

“Ada yang menyatakan bahawa Ketua Menteri baharu mempengaruhi kemenangan besar BN tetapi sebenarnya sumbangan saya hanya sedikit.

“Sebaliknya kerjasama serta komitmen tinggi jentera BN secara keseluruhannya adalah penyumbang utama kepada kemenangan besar BN di Balingian,” ujar Adenan.

Pada pertandingan satu lawan satu itu, Yussibnosh, 48, memperolehi 8,190 undi dengan 6,911 undi majoriti, manakala lawannya Abdul Jalil Bujang (PKR) memperolehi 1,283 undi.

Turut hadir pada sidang media itu semalam, Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol. -Utusan Borneo
.
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List