Friday 7 March 2014

IMPIAN ANWAR IBRAHIM KE KAJANG AKHIRNYA TERCAPAI!

-NAMUN BUKAN SEBAGAI ADUN KAJANG TAPI PENGHUNI PENJARA KAJANG! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini siang tadi terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRK Kajang pada Selasa depan.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.
Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang untuk menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Mahkamah Rayuan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara Anwar Ibrahim ditangguh dengan ikat jamin RM10,000 yang perlu dibayar selewat-lewatnya pukul 11 pagi Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Negara telah memberi amaran polis bersiap sedia untuk mengambil sebarang tindakan mengikut perundangan negara jika berlaku perhimpunan jalanan berikutan keputusan kes liwat Anwar.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List