-NUAR O NUAR, BILA KO NAK BERTAUBAT NIH? KEKEKE!!!-
Tiga ahli panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.
Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.
Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Ini bermakna, hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan. (sumber)
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®