Wednesday 5 February 2014

DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH PENYAMAR PEGAWAI AGAMA?

-MANGSA DIBAWA KE SUATU KAWASAN HUTAN SEBELUM KEDUA SUSPEK YANG MENDAKWA DIRI MEREKA ADALAH KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK MENGAMBIL GILIRAN MEROGOLNYA! MASYAALLAH! APA NAK JADI NIH?-

Seorang gadis berusia 16-tahun membuat laporan polis mengadu beliau telah dirogol oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali di Bandaraya Kuching semalam.

Pengadu mendakwa kejadian berlaku lebih kurang jam 8.30 malam ketika sedang belajar menunggang motorsikal dengan teman lelakinya berdekatan lampu isyarat berdekatan dengan sebuah klinik di Bandaraya ini.

Mereka kemudiannya ditahan oleh dua orang lelaki yang mengatakan bahawa mereka adalah kakitangan Jabatan Agama Islam (JAIS).

Kedua orang suspek dipercayai telah menakutkan pengadu dan teman lelakinya sehinggakan pengadu berseteju mengikut mereka. 

Pengadu kemudiannya telah dibawa bersendirian ke suatu kawasan hutan yang dipercayai berdekatan dengan kawasan Bako sebelum beliau dirogol bergilir-gilir oleh kedua suspek yang mengakui sebagai "kakitangan JAIS" tersebut.

Pengadu kemudiannya ditinggalkan disebuah kawasan yang berhampiran dengan rumah beliau oleh kedua suspek.

Sementara itu, teman lelaki pengadu yang telah pulang  ada memaklumkan kejadian itu kepada keluarga pengadu. 

Pengadu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan polis masih lgi cuba mengenalpasti kedua suspek yang dipercayai adalah orang tempatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaaan-Rogol.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List