Monday 27 January 2014

TAK DAPAT JADI PM, JADI MB SELANGOR PUN JADILAH..

-DAN BENARKAH JUGA DESAS-DESUS YANG MENGATAKAN KHALID BERSETUJU MELETAKKAN JAWATAN MB SELANGOR DENGAN SYARAT UTAMA IAITU NUAR BRAHIM SENDIRI YANG AKAN MENGGANTINYA & BUKAN AZMIN ALI? MMM .. NAK JAGA AIR MUKA KER BANG KHALID? KEKEKE!!!-


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.

Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.

Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung keputusannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List