Saturday 4 January 2014

PUSTAKA NEGERI JADI PUSAT PENGEDARAN DADAH?

-POLIS SEHARUSNYA MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN DARI DAKWAAN KAKITANGAN PUSTAKA NEGERI MENGENAI PENJUAL DADAH & PIL KHAYAL TERUS BERLELUASA DI PERKARANGAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK!-

Meskipun aduan dan serbuan telah dilakukan di pekarangan Pustaka Negeri, namun ia tidak menghalang penjual dadah dan pil khayal tegar terus melakukan aktiviti mereka seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut seorang kakitangan Pustaka Negeri ketika dihubungi semalam, kegiatan menjual dadah dan pil khayal di sekitar kawasan itu dilihat masih aktif, malah seawal jam 10 pagi setiap hari.

“Mereka (penjual pil) masih bergiat aktif menjual pil-pil khayal di kawasan Pustaka Negeri, meskipun kami telah membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti polis dan serbuan telah diadakan, namun mereka masih berani meneruskan aktiviti tersebut di sini.

“Mereka dilihat mula menjual benda haram itu seawal jam 10 pagi setiap hari,” katanya.

Hasil serbuan polis sebelum ini mendapati penjual pil khayal seolah-olah mengetahui akan aduan yang dibuat dan tidak meninggalkan sebarang bukti yang boleh menjurus kepada pendakwaan mereka.

“Seperti yang kita sedia maklum, kegiatan ini harus dibendung kerana ia membabitkan penjualan dadah serta pil khayal di kawasan awam.

“Justeru, kami mahu pihak berkuasa tempatan membuat tindakan susulan bagi menghentikan kegiatan seumpama ini daripada terus membahayakan orang awam di kawasan riadah di sini,” katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan kebimbangan terhadap murid-murid sekolah yang mengunjungi Pustaka Negeri yang berisiko terbabit dalam penjualan dadah dan pil khayal.

Katanya, penjual terbabit belum dilihat memasuki bangunan Pustaka Negeri, namun kehadiran mereka di kawasan itu tetap menggugat keselamatan orang awam.

“Sebagai kakitangan Pustaka Negeri, apa yang membimbangkan kami ialah mereka (penjual) akan menjual benda haram tersebut kepada murid sekolah yang berada di sini.

“Selain itu, ia juga mengganggu ketenteraman awam memandangkan kawasan Pustaka Negeri merupakan tempat riadah orang awam,” tambahnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List