Monday 11 November 2013

WAJAH RAKAN SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK

-JOEMAR, WAJAH RAKAN SUBAHAT PENJENAYAH WARGA INDONESIA BUNUH PEGAWAI BANK MELAYU TELAH DIDEDAHKAN! MACHO LER TU! TAK LAMER NANTI BER"DANGDUT" LER KO DALAM LOKAP DENGAN SI LAODE ARDINA LAODE ARSILA! KEKEKE!!


Dalam posting sebelum ini, TFK telah menyatakan bahawa wajah JOEMAR, rakan subahat LAODE ARDINA LAODE ARSILA, tidak diketahui.

Bagaimanapun, kami telah melakukan kesilapan dalam hal tersebut.

Baru sebentar tadi, TFK telah menerima satu e-mail yang mengandungi gambar rakan subahat penjenayah tersebut yang kini masih bebas, dari pihak berkuasa.

Polis sedang giat memburu warga Indonesia terbabit yang dipercayai telah merancang, mendalangi serta menyimpan sejumlah besar wang rompakan. Suspek yang dikenali dengan nama JOEMAR itu dipercayai masih lagi berada di Malaysia dan sedang bersembunyi.

Pihak berkuasa juga dikhabarkan sedang mengawasi laluan-laluan tikus yang boleh digunakan oleh penjenayah berkenaan untuk melarikan diri.

Dipercayai, selepas berbahagi duit rompakan, JOEMAR dan LAODE ARDINA telah berpecah bagi menyukarkan pasukan polis mengesan mereka. Tidak mustahil sekiranya, warga Indonesia itu sedang bersembunyi di mana-mana perkampungan atau penempatan warga Indonesia yang lain di seluruh Semenanjung, khususnya di Selangor dan Johor. - The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List