Wednesday 13 November 2013

TIGA ANAK DERHAKA BELASAH IBU KERANA DADAH

-TIGA BERADIK DI SIBU SARAWAK MEMBELASAH IBU MEREKA SENDIRI KERANA ENGGAN MEMBERI WANG UNTUK MEMBELI DADAH! ADA JUGAK MANUSIA LAKNAT SEPERTI NI YER? KEKEKE!!!-

Tiga beradik berusia 16 hingga 19 tahun layak digelar anak derhaka kerana sanggup membelasah ibu kandung yang enggan memberikan wang untuk membeli dadah.

Ibu mereka yang tidak tahan dengan sikap anak-anaknya membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Polis bertindak atas maklumat kemudian melakukan serbuan ke rumah mereka di Kampung Sentosa di Sibu, Sarawak.

Difahamkan, semasa penahanan dibuat semua suspek termasuk salah seorang daripada mereka masih bersekolah di sekolah menengah di sini, berada dalam keadaan khayal.

Hasil pemeriksaan perubatan, ketiga-tiga beradik terbabit didapati positif mengambil dadah dipercayai jenis syabu.
Dalam pada itu, polis mengenal pasti taktik penjualan dadah di bandar ini.

Siasatan awal, penjual dadah difahamkan memberi nombor akaun mereka kepada pembeli dadah sebelum urusan jual beli dilakukan.

Sebaik sahaja bayaran dibuat, dadah tersebut dicampak di kawasan yang dijanjikan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Justeru, polis merayu kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat agar kegiatan tidak sihat itu berjaya dibanteras. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List