Saturday 16 November 2013

ABU SAYYAF DISYAKI DALANGI INSIDEN BUNUH, CULIK PELANCONG TAIWAN DI SABAH

-KUMPULAN PENGGANAS ABU SAYYAF DISYAKI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KES PENCULIKAN WANITA YANG SUAMINYA DITEMBAK MATI DI SEBUAH PULAU DI SEMPORNA, SABAH!-

Polis percaya rangkaian Al-Qaeda iaitu pengganas Abu Sayyaf merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan dan penculikan sepasang pelancong suami isteri warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu berkata, kumpulan tersebut melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan tetapi tiada tuntutan dibuat bagi membebaskan warga Taiwan, Chang An Wei, 58.

"Maklumat awal yang kami perolehi menunjukkan penculik itu terdiri daripada lapan orang.

"Mereka merupakan kumpulan yang mengambil peluang melepaskan diri daripada kawalan keselamatan pihak berkuasa di sempadan Filipina yang kini memberikan bantuan kepada mangsa tragedi taufan Haiyan," katanya.

Khalid juga tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam penculikan itu tetapo berkata polis sedang menyiasat sekiranya individu-individu tersebut merupakan rakyat Sabah atau Filipina yang menyelinap masuk menerusi sempadan.

"Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih baharu. Orang ramai perlu memahami bahawa kawasan tersebut berkeluasan 1,400km untuk dipantau dan kami tidak boleh berada di mana-mana pada satu masa.

"Kumpulan tersebut merancang 'serang dan lari' dengan penduduk tempatan yang menyukarkan kita untuk menjejaki mereka," katanya.

Khalid turut mencadangkan larangan penggunaan bot pam di perairan cetek di Timur Sabah.

"Selepas insiden Lahad Datu, kami mengumumkan penggunaan bot pam adalah haram di sekitar perairan cetek.

"Ini mungkin sukar bagi penduduk tempatan yang menggunakan ia setiap hari tetapi tiada sebarang kompromi dalam soal keselamatan. Pihak berkuasa Sabah perlu mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang menggunakan bot pam kerana ia merupakan kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh rakyat asing untuk memasuki negara ini," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. "pelancong" bukan "pelancung".Sila rujuk kamus Dewan. ..salah typo..

    Abu Sayyap terlibat? Begitulah persepsi awal atau "sesiatan" polis.Kemungkinan menuju kearah penculikan yg terancang.Tempat peranginan tersebut bukan jauh dr kepulauan Tawi Tawi.Keadaan geografi kawasan perairan Semporna tidak menolak kemungkinan penglibatan kumpulan pengganas yg "prey on" pelancong2 yg dikira "ada duit" utk bayar tebusan.

    Apapun kita tunggu perkembangannya.PDRM knows what they're doing.

    ReplyDelete
  2. Bro Cannonkapit, terimakasih atas teguran, akan membuat pembetulan segera, terimakasih sekali lagi :)

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List