Wednesday 9 October 2013

SARAWAK SERANGAN DAP SETERUSNYA UNTUK MENANG PRU14?

-SALAH SATU ENTRI TERBAIK DARI RAKAN BLOGGER PASBERUK,SARAWAK DAN MALAYSIA AKAN JADI MILIK DAP PADA PRU14! BN, JANGAN LEKA! JANGAN ZZZZZ! KEKEKE!!!-

Penyelaras Pusat Khidmat DAP DUN Tupong Abdul Aziz Isa yang di ura-urakan bakal menjadi calon Melayu DAP di DUN Tupong dalam PRN Sarawak yang akan datang bergambar dengan Lim Kit Siang
Assalammuallaikum...
Sahabat sekalian #brotherhood seluruh negara. Kita tahu bahawa DAP dan pembangkang telah terbukti tidak mampu merampas kerajaan Malaysia melalui PRU 13 yang lalu kerana beberapa sebab. Terbukti majoriti orang melayu menolak perjuangan mereka, terutama DAP untuk memerintah negara. Kesan dari itu, tindakkan PKR dan PAS bersama dalam satu saf dengan DAP adalah satu tindakkan tidak bijak sehingga penolakkan orang melayu terhadap DAP terkesan juga kepada PAS dan PKR.


Kenapa DAP serang Sarawak?

Pembangkang tahu bahawa kekuatan PAS di kawasan melayu di semenanjung adalah faktor utama mereka sanggup bersama PAS walaupun secara terang DAP adalah anti ISLAM dan pemimpin mereka juga menolak perjuangan PAS. Sebab itulah sebahagian penganalisa berkata kesilapan besar Nik Aziz dan PAS adalah bilamana mereka secara berterusan menyokong perjuangan DAP.

DAP pada asalnya merupakan gerakan revolusi komunis sekarang ini adalah pergerakkan sah dalam politik. DAP sedar, jika mereka masih berhasrat memerintah Malaysia, mereka perlu membuat gerakan besar-besaran terhadap negeri2 pantai barat dan yang paling penting SABAH dan SARAWAK. Jika dilihat keputusan PRU 13, DAP tidak mampu mengatasi suara org melayu di Semenanjung, walaupun kawasan bandar terutama di pantai barat semenanjung masih milik Cina DAP dengan dibantu oleh MCA dan Gerakan.

Sekirangnya mereka hendak merampas pemerintahan negara ini dari BN yang ditunjangi oleh UMNO, pasti mereka perlu merampas Sarawak terlebih dahulu. Sarawak yang mempunyai lebih 25 kerusi parlimen dan satu-satunya harapan mereka untuk menjadi Sarawak sebagai negeri Harapan Emas kepada mereka.

Sebab itulah, DAP secara gila gila dan maximum sedang attack Sarawak dengan berbagai gerakan secara terbuka dan bawah tanah. Program memburukkan imej kerajaan di mata rakyat dan menampakkan projek mega kerajaan pusat di Sarawak satu pembaziran menekan rakyat, rancak di laksana oleh mereka. Sarawak akan menjadi antara negeri fokus kepada DAP dan pembangkang.

Saya yakin bahawa pemimpin BN tahu perkara in.... tetapi sehingga hari ini mereka sedang sibuk pertahankan diri sendiri berbanding pertahankan negeri Sarawak yang menyumbangkan sebahagian Kuasa membentuk kerajaan kepada mereka. Kita jangan berasa mustahil dengan kemampuan DAP dan pembangkang untuk merampas sarawak. Sebelum ini pembangkang berjaya merampas Kelantan, Terengganu, Perak, Wilayah Per, Pulau Pinang dan Selangor. Tidak mustahil, pada pru 14, Sarawak akan menjadi milik DAP dan pembangkang jika BN masih tidur .. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List