Friday 11 October 2013

POLIS DISARAN "BERSILAT" HADAPI PENJENAYAH?

-NI SARANAN NYANYUK TAHAP BABOON KE APE NIH? NGAPER HADI AWANG SAMPAI MELALUT MACAM NI? NAK MEMBANGKANG PUN KENA LER PADA TEMPATNYA! TAK MASUK AKAL TERUS! APER LER! KEKEKE!!!-

Portal Malaysiakini.com melaporkan yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata boleh menembak penjenayah tetapi “perlu kena pada tempatnya”.

”Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

“Penjenayah ada kecil besar,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi “tembak dulu” oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

“Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya,” katanya sambil ketawa kecil.

Kita berterima kasih pada Hadi kerana mengutarakan pandangan yang ‘bijak’ itu.

Sebenarnya kita cukup tak faham mengapa ramai ahli politik ‘bijak pandai’ di negara ini yang cukup sayang kepada penjenayah.

Kalau boleh mereka lebih rela melihat anggota polis kita ‘dalam keranda’ daripada penjenayah itu sendiri berada di dalamnya.

Pelik, akhir-akhir ini kita lihat ahli politik kita cepat benar ‘melantun’ kalau polis mengambil tindakan.
Tetapi bila indeks jenayah meningkat, merekalah orang pertama yang akan bertukar menjadi gila meroyan- buat sidang akhbar sana sini mengutuk pihak berwajib kerana kononnya gagal membendung masalah ini.

Namun bila Ops Cantas dilancarkan, beribu samseng ditangkap dan ada yang ditembak mati, mereka juga yang melatah!

Saranan Hadi itu adalah cukup memalukan, apatah lagi bila ia datang dari mulut seorang presiden parti yang dihormati.

Kita kena ingat, kita tidak boleh mengagak apa yang dalam fikiran penjenayah bila senjata sudah berada di genggaman tangannya.

Tak kiralah sama ada ia pedang, parang mahupun senjata api sekalipun.

Dia akan berbuat apa saja untuk melepaskan diri…jadi kalau anggota PDRM sendiri sudah mempunyai pistol di pinggang, apa kejadah dia nak habiskan masa dan kudratnya untuk bersilat pula dengan penjenayah ini?

Ini bukan pertandingan siapa handal dan siapa kuat seperti Laksamana Tuah dan Jebat.

Ini adalah perlawanan untuk menumpaskan mereka yang tidak hairan pada undang-undang, Hadi juga kena ingat, polis bukan sebarangan melepaskan tembakan.

Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pertumpahan darah, bila penjenayah mula bertindak agresif, baru mereka menggunakan opsyen lain termasuklah menembak ke arah suspek.

Jadi soal polis kena bersilat seperti mana saranan Hadi tadi tak timbul langsung.

Cerdiklah sikit kalau nak bagi pandangan pun!  (sumber

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Ye la....Tn. Hj. Dalam situasi terdesak dan mencabar, penjenayah akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri. Apa sahaja Tn. Hj. Sama seperti rakan baik Tn. Hj. dalam PKR yang bukan sahaja sering malah sanggup melakukan yang terburuk, demi untuk kelangsungan perjuangannya yang sudah basi dalam kalangan rakyat....

    ReplyDelete
  2. Ucapan terima kasih kpd semua anggota PDRM kerana andalah kami selamat.Jgn tunggu kena tembak.Lihat saja apa polis US buat - seorg wanita telah ditembak mati apabila beliau cuba nak masuk halaman White House.Wanita tersebut tak ada senjata,bersama anak kecil dlm kereta,cuma mengalami stres..tetapi polis mnembak juga.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List