Tuesday 29 October 2013

OPERASI JEJAKI JAGA ROMPAK & BUNUH DIPERHEBATKAN, 11 DITAHAN!

-SEBELAS SUSPEK YANG DIPERCAYAI BOLEH MEMBANTU SIASATAN DITAHAN SETELAH OPERASI POLIS MENJEJAKI MAT INDON YANG MEROMPAK RM540 RIBU & MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DIPERHEBATKAN! MANA MAU HAA? KEKEKE!!!-

Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

”Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari
ini.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List