Tuesday 29 October 2013

TIGA DITAHAN “COP” WANG PALSU

-SUSPEK TERMASUK SEORANG WANITA DI TAHAN DI KUALA BESUT, TERENGGANU BERSAMA RATUSAN KERTAS SIZE A4 YANG TELAH DICETAK WANG DOMINAN RM100! PAKCIK & MAKCIK NI NAK CEPAT KAYA YER? KEKEKE!!!-


Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dan mencetak wang kertas palsu di Kampung Nangka, Kuala Besut di sini malam tadi. 

Mereka yang berumur antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di kampung itu pada 8 malam hasil maklumat orang awam, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria. 

Beliau berkata hasil serbuan itu, polis merampas 40 biji pil methamphetamine, 181 keping kertas bersaiz A4 yang bercetak depan dan belakang RM100 dengan nombor siri palsu, 26 keping kertas bersaiz A4 yang bercetak bahagian depan RM100 bersiri, tiga keping kertas bersaiz A4 yang bercetak belakang sahaja RM100 dan dua keping kertas menyerupai wang kertas RM100 yang siap dipotong. 

Kamaruddin berkata turut dirampas ialah pemotong kertas, pencetak jenama Canon dan dua notebook jenama Haier dan Acer serta satu komputer jenama Dell. 

"Seorang lelaki yang ditahan itu tidak bekerja manakala wanita itu adalah peniaga kedai makan dan suaminya yang berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah itu merupakan seorang mekanik," katanya. 

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu positif dadah. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List