Monday 28 October 2013

HELICOPTER MENDARAT CEMAS, BAYI TERSELAMAT

-HELIKOPTER JABATAN KESIHATAN SIBU SARAWAK MEMBAWA SEORANG PESAKIT BAYI  MEMBUAT PENDARATAN CEMAS BERDEKATAN JETI MUARA TEBAS TENGAHARI TADI! SYABAS KEPADA PILOT HELIKOPTER TERSEBUT!-


Lebih kurang jam 1 tengahari tadi, Pusat Kawalan Udara Kuching menerima maklumat awal dari Menara kawalan bahawa satu kejadian helikopter milik Jabatan Kesihatan Sibu dalam perjalanan ke Kuching telah membuat satu pendaratan cemas.

Helikopter tersebut dimaklumkan telah mendarat di kedudukan latitude N0137476, E110.295.3 di kawasan lapang sebelah Jeti Muara Tebas iaitu 1.6 batu ke arah Sebuyau.

Difahamkan helikopter tersebut membawa penumpang lima orang termasuk pilot; Kapten Erwyn.

Alhamdullillah, kesemua mangsa selamat termasuk pesakit/bayi sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak dengan bantuan helikopter lain.

Punca awal adalah disebabkan masalah teknikal, UnReportedNews™® ingin mengucapkan syabas kepada Kapten Erwyn kerana dapat mengawalkan keadaan serta menghindar kemalangan yang tidak di ingini. 

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List