Friday 27 September 2013

VIDEO: PENGUATKUASA DBKL "GEDEBEH"!

-APA-APA PUN ALASANNYA, ANGGOTA PENGUATKUASA DBKL YANG BERTENGKAR DENGAN SEORANG PENIAGA INI DALAM VIDEO INI SEPATUTNYA DAPAT MENGAWALKAN PERASAANNYA, BUKANNYA HENDAK BERGADUH SEHINGGA SAMPAI NAK "BUKA UNIFORM"NYA! AWAK TU PENJAWAT DI AGENSI BERUNIFORM PERBANDARAN KERAJAAN, JANGAN NAK TUNJUK SAMSENG LAK! KEKEKE!!!-

Kita sendiri ‘keliru’ apa yang sebenarnya berlaku…tetapi yang pasti video ini kini mula heboh diperkatakan.

Kelihatan pada mulanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘bertegang urat’ dengan  salah seorang peniaga.

Tetapi keadaan kemudian menjadi semakin serius apabila berlaku tolak-menolak antara sesama mereka.

Kemudian salah seorang pegawai penguatkuasa itu membuka uniformnya, cuma yang tinggal seluar dan singlet sahaja.

Pasti berlaku provakasi hingga menyebabkan dia bertindak demikian.

Nasib baik ia tidak berakhir dengan pergaduhan yang lebih serius.

Sebenarnya inilah cabaran yang terpaksa dihadapi bila kita bertugas untuk melaksanakan undang-undang,,,baik PBT, polis atau jabatan apa sekalipun.

Kesabaran tahap tertinggi diperlukan. Maklumlah terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia dan pemiaga yang pelbagai.

Namun perbuatan menanggalkan baju atau uniform ini tetap SALAH.

Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh sesuka hati berbuat demikian walaupun marah macam mana sekalipun.

Pada masa yang sama, orang awam pun tidak bolehlah sesuka hati mencabar atau mempertikai tugasan penguatkuasa ini.

Mereka telah diamanahkan untuk melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sebarang ketidakpuasan hati boleh disalurkan dengan baik melalui saluran yang telah sedia ada…percayalah, kalau dua-dua pihak berkeras, tak mungkin kita akan jumpa penyelesaiannya.

Harap pihak DBKL boleh memberi penjelasan lanjut mengenai insiden ini. 

(sumber

-UnReportedNews™®

3 comments:

  1. Boleh laaa...kat bangsa sendiri berani... cuba kat pendatang CINASIAL.... Tapi ketika pergelutan bermula...perakam tak ambik kat sudut tu... tak tau siapa yang mula body contact... siasat seadil-adilnya... penjawat awam tak rasa bersalah untuk menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dan peniaga tersebut tak rasa teraniaya utk mencari rezeki.. HIDUP ISLAM, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA...

    ReplyDelete
  2. AKU RASA PENIAGA TU YG SERANG PEGAWAI TU DULU..PEGAWAI TU DH CKP ELOK2 DH..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List