Friday 13 September 2013

MAMAT "TAMPAR" NAJIB DENGAN SELIPAR DIBERKAS!

-AMBIK KOW! LELAKI KURANG HAJAR YANG MEMUKUL POSTER PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DENGAN SELIPAR BURUKNYA TIDAK LAMA DULU KINI DITAHAN POLIS! KORANG RASA SEMASA TIDO DALAM LOKAP POLIS TU, DIA MASIH MERASA "HEBAT" LAGI TAK? KEKEKE!!!-

Rasakan!! Baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah.

Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana bertindak memukul poster wajah pemimpin negara dengan selipar di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditangkap oleh sepasukan anggota yang ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada pusat kawalan pada kira-kira 11.25 pagi.

Katanya ketika ditangkap lelaki itu sedang memegang gambar seorang pemimpin negara dan memukulnya dengan selipar.

Suspek, yang bertongkat dengan kaki kirinya bersimen, dikatakan datang berseorangan ke tempat kejadian pada kira-kira 10.30 pagi.

Lelaki yang dikatakan mempunyai tiga anak itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuk siasatan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Chin Wah berkata lelaki itu mendakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati rumahnya di Sungai Besi, mengalami masalah paip tandas tidak dipasang, pendawaian elektrik yang tidak sempurna dan dia tidak menerima sebarang bantuan kesihatan walaupun menghidap penyakit kencing manis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Sahit Urit memberitahu pemberita bahawa sebelum itu beliau telah menasihati lelaki tersebut supaya tidak melakukan kekecohan dan keluar dari situ tetapi tidak dihiraukannya. 

Pasti selepas ini akan muncul "wira-wira rakyat" yang akan membantu lelaki ini atas nama kebebasan dan hak asasi. Korang tunggu dan lihatlah. (sumber)

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Salam, tampar iboh tak tampar bro. Rupa dah tua gigi pun sikda tuija maok provok bab politik.. Duit ada ndak kah dipoket nya?

    http://sarawakia.blogspot.com

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List