Friday, 13 September 2013

ADA NIAT TERSIRAT DISEBALIK PEMILIHAN SEMULA CEC DAP DISEGERAKAN?

-SEPERTI ADA MUSLIHAT DISEBALIK KEPUTUSAN DIBUAT SI APEK GUAN ENG UNTUK MENYEGERAKAN PEMILIHAN CEC DAP & INI DISUARAKAN OLEH AHLI-AHLI DAP SENDIRI! TAKKAN AHLI-AHLI NI TERLALU BODOH SANGAT UNTUK DIPERBODOHKAN LAGI & LAGI & LAGI ... KEKEKE!!!-

Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadual pada 29 September ini didakwa tidak mengikut perlembagaan parti dan perlu ditangguh sehingga semua isu berkaitan pemilihannya yang asal selesai.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa mendakwa, pemilihan semula CEC hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukannya Kongres Khas seperti yang dimaklumkan DAP sebelum ini.

Menurut beliau, sekiranya DAP tidak mengikut seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti, Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkemungkinan besar akan sekali lagi mempersoal pemilihan terbaharu itu.

"Mengapa perlu tergesa-gesa mengadakan pemilihan semula? Ikutlah seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Jika segelintir pemimpin DAP begitu lantang bersuara meminta semua pihak mematuhi undang-undang, mengapa tidak mereka sendiri?

"Dalam perlembagaan sudah tertulis perbezaan antara Kongres Kebangsaan dan Kongres Khas, pemilihan CEC tidak boleh dibuat atas platform Kongres Khas. Jangan biar ROS ambil tindakan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Jenice mengulas laporan portal berita parti itu, Roketkini yang menyebut DAP akan mengadakan Kongres Khas 2013 di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor 29 September ini, mulai jam 10 pagi bagi memilih 20 anggota CEC.

Sehubungan itu, Jenice mencadangkan DAP menangguhkan pemilihan semula CEC pada tarikh tersebut demi keadilan kepada semua ahlinya yang mempercayai prinsip asas parti tersebut berlandaskan ketelusan.

Menurut beliau, DAP sepatutnya menyelesaikan pelbagai isu lain berhubung pemilihan CEC asal Disember tahun lalu, sebelum mengadakan pemilihan baharu antaranya berkenaan sebanyak 500 surat salinan asal yang dikatakan ditandatangani perwakilan namun belum diserahkan kepada ROS.

"Ada juga perwakilan mengadu notis belum diterima kerana masa terlalu singkat, malah ada yang tidak berpuas hati memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan tersebut. Semua ini kerana ahli sendiri tidak berpuas hati," katanya.

Pendapat yang sama turut disuarakan oleh Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass.

Tegas beliau, Kongres khas parti hanya untuk membincangkan perkara-perkara yang berkenaan parti dan bukannya untuk pemilihan CEC.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List