Tuesday 3 September 2013

KENAIKAN RON5 & DIESEL UNTUK KUKUHKAN EKONOMI

-WAIMA KENAIKAN 20 SEN YANG BERMULA TEPAT TENGAH MALAM TADI SEBAHAGIAN DARI PROSES PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA, KERAJAAN WAJAR MEMANTAU (BUKAN SETAKAT CAKAP-CAKAP SAJA) KE ATAS GOLONGAN PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN IKUT SAMA MENAIKKAN HARGA BARANGAN LAIN! TAU-TAU JER LER PUAK-PUAK NI SUKE MENGAMBIL KESEMPATAN! KEKEKE!!!-

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah tengah malam ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam menjelaskan,pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel dan jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion."

Menerangkan untuk mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, beliau memberi jaminan kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

"Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan namun begitu, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kesannya tidak begitu membebankan rakyat."

"Dengan itu, kita harus tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial (BR1M),"  kata Najib yang telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Beliau yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan menambah, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

"Sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan disesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik."

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020."

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat dan dihagar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List