Monday 30 September 2013

"KEMELAYUAN" ZAIRIL DIRAGUI?

-SATU-SATUNYA INDIVIDU YANG "MEMAKAI NAMA ALA-ALA MELAYU" YANG TERPILIH DALAM PEMILIHAN ANGGOTA CEC DAP YANG BARU PERLU MENGEMUKAKAN BUKTI YANG DIA ADALAH MELAYU TULEN SEBELUM MENDABIK DADA YANG BELIAU MEWAKILI "MELAYU DAP"! KEKEKE!!!-

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam pemilihan semalam sekadar membuktikan bahawa kesilapan dalam pemilihan pertama yang dipertikaikan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ini adalah bermotifkan politik UMNO.

Terbukti tidak ada apa yang menyeleweng dalam pemilihan yang pertama, memang Zairil layak berada dalam CEC dan pemilihan semalam adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Pun begitu, selesai masalah itu, satu masalah lain pulak datang.

Isunya tentang status sebenar Zairil Khir Johari sebagai orang Melayu sejati, kerana sebelum ini ada pertikaian bahawa Zairil sebenarnya adalah seorang Cina dan nama itu diperolehi apabila dia masuk Islam setelah ibunya, Puan Sri Cristine Lim Abdullah, berkahwin dengan bekas Menteri UMNO, Tan Sri Khir Johari pada 1996.

Malangnya, Zairil tidak pernah mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.  Itulah masalahnya sekarang.  Sepatutnya Zairil tampil menjelaskan status dirinya yang sebenar sama ada memang seorang Melayu (hasil perkongsian hidup ibunya dengan Khir Johari) ataupun Cina.

Kita tahu, ibu Zairil menikah dengan Khir Johari pada 1996 (ketika Zairil sudah berusia 12 tahun), tapi itu tidak bermaksud Zairil bukan anak Khir Johari.  Mempunyai anak ini bukan ditentukan dengan bernikah atau tidak.

Lagipun dalam portal rasmi Parlimen Malaysia, nama Zairil ditulis sebagai Zairil Khir Johari sahaja, tidak pun berbinkan Abdullah kalau benar dia bukan anak Khir Johari.

Justeru itu, wajiblah Zairil Khir Johari menjelas statusnya yang sebenar kepada rakyat, supaya rakyat akan bertambah yakin bahawa DAP ini tidak meminggirkan orang Melayu seperti dibuktikan dengan kemenangan selesai Zairil.

Bimbang sekiranya perkara ini lambat dijelaskan, UMNO akan mengambil kesempatan dengan mempolitikkan perkara ini dan seterusnya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti DAP.


Ingat, semua maklumat peribadi Zairil boleh diperolehi dengan mudah oleh UMNO, sama ada melalui Jabatan Pendaftaran Negara atau maklumat peribadi ahli-ahli parlimen yang boleh diakses parti tersebut pada bila-bila masa.

Termasuklah nama sebenar Zairil sebelum dia masuk Islam (jika dakwaan anak tiri Khir Johari itu benar). (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List