Wednesday, 7 August 2013

VIDEO: SUDAH SALAH, LAGI MAU MAKI POLIS!

-BILA BANYAK KES PEMBUNUHAN, SALAHKAN POLIS TAPI BILA POLIS NAK BUAT KERJA, MULALAH NAK TUNJUK SAMSENG! KEPALA HOTAK LU LAH! APA LAGI LU ORANG MAU HAH? INGAT NEGARA NI BAPAK LU ORANG PUNYA KAH TIADA UNDANG-UNDANG? KEKEKE!!!-

Menjadi anggota polis dan penguatkuasa adalah satu pekerjaan yang mulia kerana mereka berperanan untuk menegakkan udang-undang dan mempertahankan kedaulatan negara.

Namun faktor pulangan dan gaji yang rendah membuatkan ia bukanlah profesion yang menarik minat kaum lain di negara ini terutama kaum Cina.

Kaum Cina dalam perkhidmatan polis, sebagai contoh, berada pada aras di bawah tiga peratus.

Kajian bekas Pemuda MCA Liow Tiong Lai menunjukkan bahawa orang Cina memang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam sebagai kakitangan bawahan.

Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar yang berpangkat tinggi.

Misalnya dalam perkhidmatan polis, daripada 250 belia-belia yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan inspektor berbanding jawatan konstabel.

Bagi Ahli akademik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah, sudah menjadi budaya orang Cina – bukan sahaja kiasu (takut kalah) tetapi juga kiasi (takut mati).

Dan akhir-akhir ini kita cukup kecewa, apabila berlaku banyak keadaan di mana anggota-anggota polis dan penguatkuasa kita Melayu kita dimaki-hamun, dicerca malah sampai ke peringkat hendak dicederakan.

Sepatutnya kalaupun tidak berminat untuk menjadi polis atau penguatkuasa, golongan yang tidak berpuashati ini hendaklah menghormati golongan ini kerana mereka ada tanggungjawab penting yang untuk dilaksanakan.

Mereka bukan bertindak disebabkan warna kulit atau agama.

Mereka bertindak atas kapasiti mereka sebagai penjawat awam yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

Dua insiden dan video klip dibawah menunjukkan betapa biadap golongan tak tahu bersyukur ini terhadap anggota polis dan penguatkuasa Melayu kita.

Anggota-anggota ini dihina, dicerca dan dimaki hamun seolah-olah mereka tidak mempunyai maruah dan perasaan.

Betullah kata Ridhuan, ada orang yang ‘kiasu’ dan ‘kiasi’…siapa mereka itu? Anda lihatlah sendiri!



(sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List