Sunday 25 August 2013

POLIS DI'KAMBING-HITAM"KAN LAGI?

-KESIAN POLIS .. KERJA TERUK-TERUK SAMPAI ADA YANG TERKORBAN DALAM MENJALANKAN AMANAH & TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN MASYARAKAT & NEGARA KINI DILABEL "KETAGIH DENGAN EO" PULAK!- 

Peguam Negara cuba mengembangkan tengkuknya dengan menyatakan bahawa prinsip tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah adalah sangat mulia dan perlu dipegang serta diakidahkan oleh semua manusia. Peguam Negara juga tidak percaya dengan kaedah pencegahan kerana menurutnya, kaedah terbaik menguruskan suspek adalah dengan melalui pendakwaan di mahkamah.

Pandangan tipikal seorang peguam yang melihat wang adalah segala-galanya itu dikeluarkan oleh Ghani Patail di dalam satu forum yang dianjurkan oleh Yayasan Basmi Jenayah Malaysia di Petaling Jaya semalam. (BACA DI SINI

Dengan memberikan pelbagai alasan dan contoh, katanya lagi, undang-undang pencegahan tidak berkesan kerana penjenayah akan kembali melakukan aktiviti jenayah selepas mereka dibebaskan. Namun pada masa yang sama, Peguam Negara juga tidak dapat menjelaskan bagaimana kegagalan Pejabatnya mensabitkan kesalahan bagi suspek-suspek dan seringkali kalah kerana MASALAH TEKNIKAL sepertimana yang berlaku kepada Azilah dan Sirul, dua orang anggota polis yang dituduh dan didapati bersalah membunuh Altantuya Shiiribu serta pembebasan Abdul Razak Baginda tanpa sebarang rayuan daripada Pejabat Peguam Negara kerana terlibat secara langsung dengan pembunuhan model dari Mongolia itu.

Ghani Patail menjadikan polis sebagai kambing hitamnya dan senada dengan pembangkang terutama sekali dengan Ketua HINDRAF, Waythamoorthy kononnya polis mengambil jalan mudah untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin tanpa melihat bahawa kuasa sebenar keselamatan negara ini terletak di tangan peguam.

Peguam Negara turut menyatakan bahawa 1,567 kertas siasatan yang dibuka semenjak penghapusan Ordinan Darurat, tidak melibatkan bekas tahanan ordinan itu. Secara tidak langsung, Peguam Negara telah membenarkan kenyataan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR serta sebahagian pemimpin PAS berhubung tindakan dan kenyataan polis yang disifatkan sebagai melampau dalam mengambil tindakan terhadap penjenayah.

Cakap banyak pun tak guna....

Pejabat Peguam Negara perlu diakui mempunyai kuasa mutlak untuk mengendalikan sesuatu kes. Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara, sekiranya sesuatu kes itu hendak disabitkan kesalahan, seribu satu macam cara boleh digunakan tetapi kalau sesuatu kes itu boleh digunakan untuk menunjukkan kuasanya, maka kertas-kertas siasatan yang diajukan kepada Pejabat Peguam Negara, akhirnya tidak dilayan sepertimana yang berlaku dalam banyak kes membabitkan demonstrasi dan perlanggaran undang-undang dalam perhimpunan jalanan.

Cuma yang menariknya, Peguam Negara mempunyai kambing hitam untuk cuci tangan iaitu POLIS! -The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List