Saturday 17 August 2013

PENGAMBILAN AHLI PBB BARU SEBELUM HUJUNG TAHUN INI

-SYABAS! PBB DUN PANTAI DAMAI AKAN MENGAMBIL INISIATIF MENGADAKAN PROGRAM PENGAMBILAN AHLI PBB BARU BUAT DUN PANTAI DAMAI SELEPAS AGM PBB PANTAI DAMAI! PBB DUN-DUN/PARLIMEN-PARLIMEN LAIN BILA LAGI?-

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) N4 Pantai Damai akan mengadakan satu program besar-besaran untuk mendaftar ahli-ahli PBB baru dalam sebelum berakhir tahun ini.

ADUN Pantai Damai dan Pengerusi PBB N4 Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata bahawa inisiatif ini adalah untuk mengukuhkan sokongan masyarakat yang sedia ada kepada Barisan Nasional (BN).

"Buat masa ini, PBB Pantai Damai mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 14,240 ahli dan walaupun kita telah menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini dan Pilihan Raya Umum (di Pantai Damai dan Santubong) baru-baru ini, kita tidak boleh bersahaja namun sebaliknya bekerja lebih keras menarik lebih banyak sokongan."

Rahman berkata, faktor yang paling penting untuk mencapai pencapaian yang tertinggi dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, terutamanya di Pantai Damai adalah kerjasama yang erat di antara semua ahli-ahli PBB dan pemimpin-pemimpin di semua peringkat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N4 Pantai Damai 2013 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka berhampiran bandaraya Kuching di sini semalam.

"PBB Pantai Damai akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 25 Ogos ini dan selepas itu, kita akan memberi keseluruhan tumpuan selama sebulan untuk mendaftar ahli baru PBB di kawasan kita."

Menasihati mana-mana ahli yang akan mengambil bahagian dalam pemilihan itu agar bertanding dengan cara yang bersih dan sopan semasa AGM nanti, Rahman berkata mereka yang bertanding mesti mengelakkan daripada membuat serangan peribadi dan perkara-perkara yang sensitif.

"Kita, PBB di Pantai Damai adalah sebuah keluarga yang besar dan mesti beringat yang kita hanya bertanding untuk jawatan-jawatan dalam parti namun yang penting sekali adalah, menang atau kalah, kita semua perlu bekerja bersama-sama," katanya.

Lebih daripada 200 ahli PBB menghadiri majlis makan malam dan juga hadir isteri Rahman Hajah Siti Syorgayah Haji Mohamad Zaiden, Pemanca Rashidi Junai dan Pengerusi Majlis tersebut Haji Razali Mohamad.

PS: Buat member-member kat Pantai Damai yang belum mendaftar  menjadi ahli PBB, cepat-cepat mendaftar jika ada peluang yer! 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List