Saturday, 24 August 2013

HERO-HERO DISEBALIK KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRES GENTING

-MANUSIA, TERUTAMANYA PEMBANGKANG MUDAH LUPA AKAN KEBAIKAN & JASA MEREKA-MEREKA YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN CEKAP SEBAGAI CONTOHNYA KEJADIAN TEMBAK-MENEMBAK PENJENAYAH, MUDAH SAJA MENUNDING JARI MENGATAKAN POLIS TIDAK SEHARUSNYA BERBUAT BEGITU! HABIS, NAK IKUT "SOP DAP" KER? KIRA UNDI CEC PUN TAK BETUL NAK MENGAJAR POLIS ILMU KEPOLISIAN PULAK! KEKEKE!!!-

Entri posting aku kali ini, aku tujukan sebagai tribute khas buat semua anggota-anggota keselamatan yang bertugas dengan begitu cemerlang ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa nahas bas di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, Rabu lepas.

Walaupun kejadian yang terjadi pada 2.40 petang itu dimana bas terbabit terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter ketika menuruni puncak pusat pelancongan berkenaan telah mengorbankan 37 nyawa, jika pasukan penyelamat tidak efisyen, berkemungkinan jumlah yang terselamat mungkin kurang dari 16 orang.

Sejurus meneima panggilan kecemasan, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kakitangan hospital digegaskan ke tempat kejadian dan terus memulakan operasi menyelamat.

Cuba korang masuk dalam pengangkut besi ni! Ada beran?
Respon pantas mereka, secara keseluruhan telah berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh enam jam sekalipun keadaan tempat yang sukar dan berbahaya.

Biarpun, menyelamat nyawa adalah tanggungjawab mereka, kerajaan disaran melihat kewajaran memberi penghargaan (dalam bentuk imbuhan bukan sekadar sijil penghargaan) bagi setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak dalam operasi menyelamat itu kerana komitmen serta dedikasi yang mereka telah pertunjukan dalam menjalani tugasan mereka.

Janganlah kerajaan seperti pihak "sebelah lagi" yang hanya pandai mengherdik mencari salah orang lain namun apabila kebaikan dilakukan, tiada penghargaan yang diberi. 

PS: Tak rugi pun kerajaan sekiranya memberi imbuhan kepada mereka yang betul-betul berdedikasi menjalani tugasan menyelamat tu. 

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Dalam menjalankan tugas menyelamat ni kadang-kadang pasukan penyelamat sendiri umpamanya Pasukan Bomba ,polis PGA mahu pun JPAM kadang-kadang terdedah kepada risiko apa lagi umpatan masyarakat.

    Jika kerja mereka berjaya hanya ucapan terima kasih kekadar "air liur " sahaja diterima oleh mereka walaupun kadang-kadang kerja menyelamat ni hampir mereka sendiri bergadai nyawa untuk orang lain.

    Pakcu pernah dengar umpatan yang ditujukan kepada puak Bomba dan Penyelamat bila tekanan air rendah disamakan dengan pancutan air kencing . Inilah pemikiran masyarakat kita malah mereka juga tidak kurang diherdik oleh ketua yang hanya kilas siku dan hanya pandai mengarah semasa berlaku satu-satu kebakaran atau trajedi bila lambat bertindak.

    Tapi ketualah difokuskan bila sesuatu operasi berjaya dibuat , tinggallah perbet bawahan yang berjelir lidah dan bertungkus lumus membuat kerja dengan ucapan terima kasih sahaja........dan ketua terpapan didada akhbar dengan senyum megah....tinggallah prebet tidak lebih dari itu.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List