Saturday 24 August 2013

GANGSTER MINTAK WANG PERLINDUNGAN DENGAN ZAHID HAMIDI!?

-DAH TAKDE ORANG LAIN KER NAK DIJADIKAN MANGSA? SAMPAI PENGANJUR MAJLIS MAJLIS MENTERI KDN PUN LU ORANG NAK POW KER? HAMPEH! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.

Zahid turut meminta supaya :

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List