Saturday 10 August 2013

FORUM TANGANI JENAYAH TEMBAK MEMANG TEPAT PADA MASANYA

-FORUM ANJURAN MCPF YANG DIJADUAL DIADAKAN PADA OGOS NANTI DIHARAPKAN DAPAT MENEMUI INPUT BARU BERKAITAN PENINGKATAN JENAYAH MELIBATKAN PENGUNAAN SENJATA API SEJAK KEBELAKANGAN INI! NAK SALAH SIAPA LAGI? SIAPA YANG MEROYAN SANGAT NAK MEMANSUHKAN ORDINAN DARURAT & ISA? KEKEKE!!!-

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap dapat menemui input baharu bagi menangani kes tembak yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini, melalui forum yang dijadual berlangsung di sini pada 24 Ogos ini.

Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye yang dilaporkan Bernama sebagai berkata forum setengah hari itu dijangka disertai kira-kira 150 orang dari pelbagai pertubuhan, individu dan pakar keselamatan.

"Segala rumusan daripada forum itu akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pihak yang berkaitan," katanya kepada Bernama hari Jumaat.

Lee berkata beberapa kertas kerja akan dibentangkan yang turut membabitkan pihak polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Majlis Peguam Negara dan MCPF sendiri.

Antara kes tembakan yang mendapat perhatian meluas ialah yang membabitkan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lalu.

Ia juga melibatkan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang cedera ditembak di Bahau, Negeri Sembilan pada 27 Julai.

Pada 26 April, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, pula maut ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Terkini, dalam tempoh 24 jam saja semalam, seorang maut manakala seorang lagi tercedera di Pulau Pinang dalam dua kes tembak serangan nekad "ala-mafia" yang berasingan oleh penyerang-penyerang nekad.

Mangsa pembunuhan yang berketurunan India, Veerappan Kanapathi, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang ditembak dari jarak dekat oleh dua orang lelaki bermotosikal sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di George Town kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis.

Berdasarkan kelongsong peluru jenis 9mm yang ditemui ditempat kejadian, penembak dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya 14 das tembakan ke arah mangsa yang telah dikenalpasti mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Mangsa yang terkena beberapa tembakan di kepalanya dan di bahagian leher mati serta-merta dalam keadaan terduduk didalam kenderaannya dan siasatan awal polis turut menemui dua parang pendek yang dibungkus dengan kertas di dalam kereta itu.

Dalam kejadian kedua, seorang ketua pengawal sebuah kelab malam yang berusia 43 tahun nyaris maut setelah ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat, juga di George Town, Pulau Pinang.

Difahamkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Too Pek, yang juga dikatakan ada kaitan dengan kongsi gelap terkenal di negeri itu sedang berbual dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka sebelum ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan jagaannya.

Too Pek yang terkena satu tembakan di paha kirinya bernasib baik kerana sempat melarikan dirinya ke salah satu kelab hiburan berdekatan yang lain untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Kerajaan terutamanya pihak polis perlu mendedahkan secara terperinci siapa kah yang menembak dan orang yan kena tembak kerana pada fikiran kami selepas EO dibatalkan , maka ramai golongan yang memiliki penjenayah yang 'memiliki diplaoma atau ijazah' dalam bidang jenayah bermaharajalela.

    Dan paling teruk dilapurkan kejaidan tembak mati melibatkan pihak tertentu.

    Apakah tidak mungkin isu sebegini aalah 'motif balas dendam' dikalangan pemain industri jenayah seperti ' pendedar dadah penyeludupan dan lain lain lagi.

    Buka lah mata dan telinga , kerana jika diliohat yang membunuh dan dan dibunuh mungkin ada kaitan antara mereka jika tida masakan perkara seperti ini kerpa berlaku.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List