Monday 12 August 2013

APA TINDAKAN NAK DIAMBIL KERAJAAN TERHADAP KHALID SYIAH?

-MUNGKIN BUDAK NI "SPARA-BENGUNG" KERANA TAK SEMPAT TAMAT PENGAJIAN DI UNIVERSITI DULU MENYEBABKAN DIA TIDAK "BERTINDAK BIJAK" DENGAN SECARA TERBUKA MENGAKUI DIRINYA PENGIKUT SYIAH! KEKEKE!!!-

Rentetan daripada pergolakan di Syria, bahaya dendam pengikut Syiah terhadap Sunni semakin disedari umum.

Kesedaran ini turut bertunas di hati sebilangan rakyat Malaysia, yang merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).

Maka, pekung pengikut Syiah yang sekian lama bertapak di negara ini mula terpokah sedikit demi sedikit. Dan apabila angka anggaran yang merujuk kepada bilangan pengikut Syiah dibentangkan, jelas perlu ada kerisauan di situ.

Manakan tidak risau, Syiah amat sinonim dengan sifat berpura-pura untuk mengaburi persepsi orang lain terhadap mereka. Berbekalkan semangat taqiyyah yang dianjurkan oleh ulama besar Syiah, golongan ini yang biasanya petah memutar kata-kata akan mengeluarkan pelbagai hujah yang mampu memesongkan akidah individu Sunni yang tidak awas dengan hukum hakam agama.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu menyembunyikan pendirian mereka selama-lamanya. Apatah lagi apabila berhadapan dengan media sosial yang memberikan kebebasan bersuara.

Justeru, sesetengah individu yang merupakan pengikut Syiah kadangkala tergelincir ketika lantang bersuara.

Antaranya adalah Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath.

Jika nama ini kedengaran biasa didengar, ini adalah kerana Khalid adalah anak muda ‘glamor’ apabila gambarnya menendang seorang anggota polis trafik di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 disiarkan di akhbar utama.

Terdapat banyak bukti menunjukkan penuntut UiTM Shah Alam ini merupakan penyokong tegar Syiah terutama status-status yang diposnya di laman Facebook.




Malah Khalid turut mengeluarkan banyak kenyataan pedas terutama kepada sesiapa sahaja yang dirasakannya menghina Syiah.

Antaranya mendakwa Ustaz Zahazan Muhamad dibayar oleh BN setiap hari untuk mengkafirkan Syiah serta Ustaz Hasan Din menggunakan tiket bekas pegawai agama istana untuk mengeluarkan kenyataan di media bahawa anak-anak Syiah adalah anak haram hasil perzinaan. Khalid juga, amat berani membuat lawak berkaitan nabi apabila menyatakan nabi israk dari rumahnya.

Sebenarnya apabila merujuk kepada bahaya Syiah, fahaman politik seharusnya diketepikan demi kemaslahatan umat Islam negara ini. Adalah bahaya jika fahaman sesat yang menolak sahabat dan sunnah Rasulallah ini dibiarkan terus berakar umbi dalam masyarakat.

Bagi pengikut Syiah yang masih belum jelas dan tetap mahu mempertahankan hak mengamalkan akidah songsang mereka, ketahuilah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang–Undang Islam.

Justeru sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List