Saturday 6 July 2013

SURAT BUAT KETUA MENTERI SARAWAK

-MENURUT ADMIN FB PERTUBUHAN PERADABAN MELAYU SARAWAK (ADAB), SURAT PERMOHONAN AGAR KERAJAAN NEGERI MENBANGUNKAN KAMPUNG DATU, SIBU YANG TERBAKAR BARU-BARU INI DI TEMPAT YANG ASAL TELAH PUN  DIFAX KE PEJABAT KETUA MENTERI-


Terlebih dahulu, UnReportedNews™® ingin mengutarakan rasa kesyukuran dan terimakasih kepada semua pihak, tidak kira dari apa jua bangsa dan agama yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Datu pada Jun 19, dua minggu lepas.

Ucapan terimakasih juga ditujukan khas buat ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee kerana beliaulah diantara mereka yang paling bertungkus lumus membantu menjaga kebajikan lebih dari 500 mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah, insiden yang terburuk dalam sejarah Sarawak.

UnReportedNews™® turut menyanjungi usaha-usaha beberapa pihak seperti Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak (ADAB) yang turut menyokong hasrat mangsa-mangsa kebakaran berkenaan yang tidak mahu dipindahkan ke penempatan baru dan inginkan kampung mereka dikekakan dan dibangunkan semula di tempat yang asal.

Dibawah ini adalah salinan transkrip surat kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud daripada ADAB.

Ruj Tuan :
Ruj Kami : 
Tarikh : 5 Julai 2013 

Kepada

YAB Ketua Menteri Sarawak 
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud 
Pejabat Ketua Menteri 
Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching. 

Yang Amat Berhormat Pehin Sri, 

PERKARA : MEMOHON DIBANGUNKAN SEMULA KAMPUNG DATU LAMA, SIBU SEBAGAI KAMPUNG WARISAN MELAYU 

Yang Amat Berhormat Pehin Sri 

Perkara diatas adalah dirujuk.

1. Adalah kami sebagai sebuah organisasi Badan Bukan Kerajaan yang berdaftar (NGO Sarawak) memohon dan menggesa campurtangan Yang Amat Berhormat Pehin Sri supaya dibangunkan semula Kampung Datu Lama, Sibu sebagai Kampung Warisan Melayu. 

2. Sukacita kami merujuk kepada status Perlembagaan Malaysia Perkara 89 berkaitaan penjagaan Hak Keistimewaan Masyarakat Melayu di Negeri Sarawak. 

Yang Amat Berhormat Pehin Sri 

3. Berpandu kepada pensejarahan Melayu Sarawak diperkampungan Melayu Kampung Datu Lama, Sibu merupakan Tanah Pusaka Warisan Melayu yang telah melahirkan nama-nama besar Melayu di Sarawak.

4. Adalah amat tepat jika Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Pehin Sri dapat mengekal dan membangunkan kawasan tersebut sebagai Kampung Warisan Melayu Sibu.

5. Disamping itu juga, Kerajaan Negeri bertindak membantu melaksanakan penjanaan ekonomi saradiri masyarakat Melayu disekitarnya dibawah Kementerian Pelancongan Negeri sebagai mercu tanda tarikan pelancong-pelancong luar serta pencinta dan pengkaji sejarah berkunjung di Kampung Datu, Sibu. 

6. Kita amat yakin kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Pehin Sri dalam menangani, membantu dan mengharmonikan semua lapisan masyarakat Sarawak dalam arus kemodenan selari dengan pembangunan secara total yang direncanakan.

Keperihatinan Yang Amat Berhormat Pehin Sri amatlah kami sanjung tinggi dan diingati sepanjang hayat dengan penuh sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Sekian, terima kasih.

Yang Berusaha,

Pengerusi ADAB Sarawak.

Selain dari mengirim surat permohonan kepada kerajaan Negeri agar membangun dan mengekalkan Kampung Datu, ADAB turut juga mengambil initiatif dengan melancarkan "Misi Mengumpu Sejuta Tandatangan" sebagai tanda sokongan terhadap usaha tersebut.



Semoga segala usaha-usaha mereka akan mendapat kejayaan. Buat adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik dan makcik yang yang telah menjadi mangsa kebakaran Kampung Datu, admin UnReportedNews™® mohon agar terus bersabar serta tabahkan hati menempuhi segala kepasrahan ini. Salam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List