Saturday 6 July 2013

SARAWAK KEKALKAN REKOD TANPA KALAH

-SARAWAK TETAP KEBAL APABILA MEMBENAMKAN SABAH PADA PERLAWANAN TERAKHIR DALAM SAINGAN LIGA PERDANA 2013, MENYAMAI PENCAPAIAN KEDAH PADA 1992! ENCANG SARAWAK ENCANG! KEKEKE!!!-

Sarawak men­catat sejarah baharu apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana 2013.

Rekod itu menyamai pen­capaian yang dilakar oleh Kedah pada 1992, juga di bawah bimbingan jurulatih Robert Alberts. Pada per­lawanan terakhir semalam, Sarawak menumpaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Gol-gol Sarawak dijaring­kan oleh Muamer Salibasic dan Bobby Gonzales pada minit ke-31 dan 45. Manakala gol sagu hati Sabah dijaring­kan Mohd Rozidin pada minit ke-38.

Sarawak yang telah dino­batkan juara Liga Perdana bermula garang dalam usaha mempertahankan rekod tanpa kalahnya dalam saingan liga. Hasilnya menjelma apabila Salibasic meledak gol awal pada minit ke-31.

Kegembiraan Sarawak bagaimanapun tidak kekal apabila Rozidin merapatkan jurang pada minit ke-38. Penyerang kelahiran Sabah, Bobby menambah derita pasukan lamanya dengan gol kedua Sarawak pada minit akhir separuh masa pertama.

Permainan di separuh masa kedua semakin rancak, na­mun kekebalan benteng per­tahanan kedua-dua pasu­kan menidakkan peluang mereka.

Keputusan perlawanan itu kekal hingga tamat masa per­lawanan.

Jurulatih David Usop cukup gembira kerana anak-anak buahnya berjaya mencipta rekod baharu dengan kekal tidak kalah dalam saingan Liga Perdana.

“Tahniah kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang cukup tinggi.

“Kejayaan yang dilakar ini adalah hasil kerja keras semua pemain termasuk persatuan,” katanya ketika dihubungi semalam. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List